Hyatt Regency, Hotel Famous Di Kuantan Menghadap Pantai.
Hyatt Regency Hotel, satu nama yang sangat femes di kalangan kaki traveller. Hotel 5 bintang di Kuantan ni terletak di Teluk Cempedak, pantai tumpuan ramai bila sampai di Pahang. Hyatt Regency Kuantan betul-betul berada di tepi pantai. Pendek kata, anda buka mata pagi-pagi tu, memang akan dapat menikmati keindahan pantai terus lah! Walaupun dekat dengan pantai, hotel Cuma 15 minit dari pusat bandar & 5 minit dari pelbagai kedai makanan laut.
Ada banyak jenis bilik yang boleh anda book kat Hyatt Regency. Bilik berbeza dari segi kapasiti & keluasan. Family room pun ada untuk yang nak bawa keluarga besar bercuti. Kemudahan di hotel ni bertaraf dunia, memang tip top. Macam biasa, setiap bilik dilengkapi TV, air-cond, mini bar, shower, hair dryer & iron. Ada sesetengah unit yang ada balkoni dan bath tub sendiri. Untuk fasiliti pulak, ada 2 swimming pool yang anda bebas gunakan seperti gym, spa & tennis court. Banyak aktiviti yang boleh dibuat kan? Dan, di sepanjang-panjang pantai hotel tu, disediakan kerusi dan hut untuk yang nak melepak-lepak menghadap pantai, menikmati angin laut. Di hotel tu sendiri ada 7 restoran yang boleh anda pilih untuk makan. Atau, kalau nak keluar, banyak kedai fast food tak jauh pun dari hotel.
So, apa lagi? Marilah kita plan bercuti ke Pahang. Sementara hotel tengah banyak buat promosi ni, baik booking untuk penjimatan maksima. 2 setengah jam je pun dari KL tau! Jom.
Hyatt Regency Kuantan
Hyatt Regency Kuantan
Link Penginapan Travel Murah
CAMERON HIGHLANDS
💥 Penginapan Bajet Bawah RM100 (Part 1)
💥 Penginapan Bajet Bawah RM100 (Part 2)
💥 Penginapan Mewah / Honeymoon
💥 Hotspot Menarik Untuk Dilawati
MELAKA
💥 Penginapan Bajet Bawah RM100
💥 Penginapan Homestay Sekeluarga
💥 Penginapan Hotel Mesra Famili
💥 Hotspot Menarik Untuk Dilawati
TEMPAT LAIN
💥 Penginapan Bajet PORT DICKSON
💥 Resort Menarik PULAU PANGKOR
IKUT NEGERI
💥 Kedah
💥 Perak
💥 Selangor
💥 Penang
💥 Melaka
💥 Johor
💥 Pahang
💥 Kelantan