Booking.com

Jangan Tertipu Mesej Penipuan Kononnya Dari LHDN Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional Yang Meminta Maklumat Peribadi

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi peringatan kepada orang ramai agar berwaspada dan tidak tertipu dengan mesej-mesej yang diterima selain dari saluran rasmi.

Ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mengelirukan orang ramai dengan menyamar dan menghantar mesej yang seolah-olah datangnya dari pihak LHDN.

Harus diingatkan, LHDN menghantar mesej rasmi menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dari nombor 62000 atau 63833 sahaja. Jika dilihat dari mesej palsu tersebut ianya datang dari nombor peribadi.

LHDN akan membuat pembayaran berperingkat dalam bulan April dan Mei, manakala mesej palsu menyebut akan membuat bayaran dalam masa 24 jam.

LHDN tidak akan meminta maklumat peribadi dan perbankan menerusi SMS, manakala mesej palsu tersebut terang-terang terlalu desperate mahukan butiran peribadi dan maklumat perbankan anda.

Tolong sebarkan informasi ini kepada semua terutama ibu bapa dan saudara mara di kampung yang kurang celik IT dan senang terpengaruh dengan pihak tidak bertanggungjawab ini.

KOMEN FACEBOOK
Cekidot!  Tiada Bil Elektrik Fizikal Dihantar Ke Rumah Sepanjang PKP Semak Secara Online

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.