KKM Mendedahkan 2 Kluster Covid19 Melibatkan Perhimpunan Besar Di Kuching Dan Bandar Baru Bangi
Dalam sidang media petang 6 April, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan 2 kluster COVID-19 yang berkait rapat dengan perhimpunan besar-besaran.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain perhimpunan tabligh Sri Petaling, terdapat lagi dua kluster COVID-19 yang berkait rapat dengan himpunan besar-besaran.
1. Persidangan Keagamaan Gereja 3 Hari di Kuching
Menurutnya, seramai 83 pesakit COVID-19 yang positif berkait dengan kluster perhimpunan ini di mana ia melibatkan 2 kematian.
Dua kes kematian yang berlaku dari kluster ini ialah kes ke-358 dan kes ke-2,471.
Tambahnya, seramai 50 orang pesakit sedang dirawat, 5 kes kritikal sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta 25 kes di bawah pemerhatian pusat kuarantin.
Sementara itu, satu kes disahkan pulih sepenuhnya.
2. Majlis Perkahwinan di Bandar Baru Bangi
Datuk Noor Hisham menjelaskan terdapat satu kluster jangkitan COVID-19 melibatkan majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi yang membentuk jangkitan hingga generasi ke 5.
Sehingga 6 April, 88 kes positif dari kluster ini termasuk 1 di ICU dan setakat ini belum ada kes kematian dilaporkan.
Beliau turut berpesan agar orang ramai tidak mendiskriminasikan pesakit COVID-19 daripada mana-mana kluster.
Dua kes kluster di Malaysia yang berkait rapat perhimpunan besar-besaran.
1. Persidangan keagamaan di gereja selama 3 hari di Kuching. 83 telah disahkan positif.
– dua kematian (kes 358 dan 2,471)
– 5 kritikal di ICU
– 50 sedang dirawat
– 25 bawah pemerhatian— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 6, 2020
di pusat kuarantin
– satu kes sembuh dan discaj2. Majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi yg telah membentuk jangkitan sehingga generasi ke-5.
-88 kes positif termasuk 1 kes di ICUKedua-dua kluster ini melibatkan jangkitan sehingga generasi kelima. – KPK @DGHisham
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 6, 2020