KKM Tanggung Kos Penghantaran Ubat Abang Posmen Tolong Hantar Ke Rumah
Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Poslaju akan menghantar ubat-ubatan ke rumah pesakit bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19.
Pesakit yang memerlukan ubat susulan dalam bentuk tablet dan kapsul hanya perlu tunggu di rumah tanpa perlu menghadiri fasiliti kesihatan.
Bukan setakat itu sahaja, Kementerian Kesihatan juga akan menampung kos penghantaran ubat kepada anda sehingga 30 Jun ini.
Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan penghantaran ubat susulan melalui pos.
- Hubungi fasiliti kesihatan di mana pesakit mendapat rawatan.
- Pesakit akan didaftarkan jika kriteria dipenuhi.
- Farmasi akan menyediakan bekalan ubat susulan.
- Bekalan ubat akan dihantar Poslaju ke rumah pesakit di dalam lingkungan kawasan penghantaran pos laju.
Anda boleh menghubungi farmasi di fasiliti kesihatan 7 hari sebelum ubat anda habis (hari bekerja). Anda juga perlu emelkan gambar kad pengenalan, gambar preskripsi ubat hadapan dan belakang, nombor telefon untuk dihubungi serta alamat terkini.
Contoh preskripsi hadapan dan belakang
Walaubagaimanapun, penghantaran tidak melibatkan ubatan yang memerlukan pengendalian dan kawalan ketat seperti ubatan psikotropik, tetapi hanya melibatkan ubat-ubatan tablet dan kapsul sahaja.
Ubat cecair serta ubat yang memerlukan cara penyimpanan khusus seperti insulin yang memerlukan penyimpanan pada suhu 2°C hingga 8°C juga tidak dapat dihantar melalui khidmat ini.
#DudukRumah dan dapatkan perkhidmatan penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP) secara percuma! Sebuah inisiatif prihatin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini untuk meringankan beban pesakit sepanjang tempoh PKP ini.#Pos4you
#PosPrihatin #UbatMelaluiPos pic.twitter.com/XSFNIB65uZ— Pos Malaysia Berhad (@pos4you) April 10, 2020