Booking.com

Langkawi Lagoon Beach, Resort Terkemuka Dengan Private Beach Sendiri.

Yang berkunjung ke Langkawi, salah satu agenda utamanya mestilah nak menikmati kecantikan Pantai Cenang yang menghadap laut Andaman tu kan? Well, bukan saja resort ni terletak kat tepi pantai, malahan resort ni ada pantai persendirian yang tak terusik, dengan air laut biru kehijauan & pasir putih halus mulus! Sangat sesuai untuk yang mementingkan privasi. Lagi best, resort ni cuma 1.9km dari airport & 20 minit dari Pekan Kuah. Tempat-tempat menarik pun dekat, macam Beras Terbakar (1.3km), Langkawi Mofaz Go Kart (3.9km), Cable Car (5.3km), Air Terjun Telaga Tujuh (5.6km) & Underwater World (7.2km). Senang sangat nak plan tempat nak dilawati sambil menikmati keindahan resort sekali.

Langkawi Lagoon Beach Resort menawarkan banyak jenis penginapan yang terbahagi kepada 2 bahagian, unit di bangunan hotel tu sendiri & chalet perkampungan atas air. Ada unit dengan permandangan biasa & permandangan laut. Resort ni lengkap dengan pelbagai fasiliti termasuk kids club, spa, fitness centre & taman. Ada infinity swimming pool. Untuk yang datang naik flight, perkhidmatan sewa kereta disediakan. Kalau korang nak pakej untuk beraktiviti kat Langkawi pun, boleh rujuk dengan resort terus. Mudah kan? Bab makan pulak, semestinya resort 4 bintang ni terkenal dengan pilihan makanan yang sedap dan menyelerakan. Kebanyakkan tetamu kat sini memang akan enjoy makan makanan disediakan hotel je, sebab buah mulut kata, chef-chef kat hotel ni memang sediakan makanan ‘A’ class.

Cekidot!  The Owl House Rumah Kayu Dikelilingi Sawah Padi

Sekarang tengah ada travel offer untuk duduk kat sini, Cuma RM320 untuk 3H2M. RM160 satu malam untuk korang rasai pengalaman best kat Langkawi. Berbaloi ke? Harga asal RM1000 tau korang. Memang berbaloi sangat lah. Cepat-cepat grab offer ni sementara ada ok!

Langkawi Lagoon Beach Resort

Langkawi Lagoon Beach Resort

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.