Booking.com

Lebih 100 Bekas Pesakit Covid-19 Dilaporkan Positif Semula Di Korea Selatan

Sekurang-kurangnya 116 orang yang disahkan bebas daripada virus Covid-19 sebelum ini didakwa telah diuji positif semula di Korea Selatan.

Terkini terdapat 25 kes positif baharu yang dikesan di Korea Selatan, namun kenaikan jumlah pesakit yang diuji positif semula telah menimbulkan kebimbangan terhadap usaha membendung penularan wabak itu.

Punca berkenaan perkara tersebut masih lagi disiasat. Namun Jeong Eun-kyeong, Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Korea (KCDC) mendakwa bahawa virus tersebut mungkin teraktif semula dalam badan pesakit yang pernah dijangkiti.

Pakar lain pula berpandangan bahawa kesilapan semasa ujian dijalankan mungkin salah satu penyebabnya, atau sisa-sisa virus mungkin masih berada dalam sistem badan pesakit namun tidak menular dan merbahayakan pesakit mahupun orang lain.

116 kes yang dilaporkan itu bertambah sebanyak dua kali ganda daripada 51 kes yang telah dilaporkan Korea Selatan seminggu yang lalu.

Berikutan dengan itu, kerajaan Korea Selatan menggesa seluruh rakyatnya untuk kekal mengamalkan garis panduan yang dikeluarkan serta melarang perhimpunan sosial.

Cekidot!  Cara Memohon Dan Menyemak Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan menyiasat laporan yang mengatakan terdapat kes positif semula selepas diuji negatif. Ianya adalah susulan daripada laporan pegawai Korea Selatan yang mengatakan terdapat 91 bekas pesakit Covid-19 diuji positif semula.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.