Booking.com

Lost Paradise Resort Penang, Bukan Sekadar Resort.

Lost Paradise ni merupakan satu resort yang agak tersembunyi di celah-celah pembangunan sekitar Penang. Hanya yang dah sampai Lost Paradise Resort ni yang faham nilai penginapan yang ditawarkan. Jangan expect macam hotel atau resort biasa, Lost Paradise unik dari banyak sudut.

Bilik bertemakan konsep Bali, dengan sentuhan senibina India dan Melayu lama, anda rasa macam berada di negara berbeza. Ada kesenian dalam setiap design termasuk perabot yang digunakan berusia hampir ratusan tahun. Resort yang dekat dengan pantai ni sangat cantik dan menenangkan. Taman yang cukup terjaga dengan pokok orkid yang menawan. Ada swimming pool untuk orang dewasa dan kanak-kanak juga. Dan yang paling unik, resort ni merupakan sekolah untuk individu dengan ‘special needs’. Mereka diajar untuk menyerlahkan potensi diri dan ramai yang akhirnya berjaya dan diserap jadi staff kat sini. Lain kan?

Bermula dari RM214 satu malam, bersedialah untuk pengalaman yang takkan anda lupakan.

Lost Paradise Resort

 

Cekidot!  Magazine Vista, Hotel Rebutan di Tengah Penang

Lost Paradise Resort

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.