Booking.com

Maggi Tiram Pok Weil Memang Cukup Padu.

Kalau cakap pasal tiram ni, selalunya boleh jumpa kat hotel dan restoran eksklusif je kan? Tapi kali ni, anda boleh jumpa makanan menu berasaskan tiram kat Restoran Maggi Tiram Pok Weil yang terletak kat Bachok, Kelantan.

Menu kat sini memang menawarkan tiram macam nasi goreng tiram, kueh teow tiram, bihun tiram, telur dadar tiram, tiram celup tepung, tiram air asam, tiram bakar cheese & burger tiram. Tiram segar pun ada tau, RM2 je pulak tu. Tapi yang terpaling femes menunya mestilah Maggi Tiram. Semua tiram gemuk-gemuk dan portion tiram tu banyak. Memang PADU beb! Untuk yang tak gemar tiram pulak, ada je menu-menu makanan biasa kat sini.

Tiram-tiram kat sini memang fresh sebab diternak oleh tuan empunya restoran sendiri. Pagi-pagi, tiram dibersihkan dan direndam balik dalam air bersih, untuk kekalkan kesegaran sebelum dimasak.

Kalau ada di Kelantan, singgahlah kat Restoran Maggi Tiram Pok Weil ni ye.

Lokasi : Jalan Gong Batu, Kemayang, 16320 Bachok, Kelantan

Cekidot!  Nightbus 127, Restoran Bas Menggamit Nostalgia

Waze : Maggi Tiram Pok Weil

Waktu Operasi:

  • Sabtu – Khamis (1pm-12am)
  • Jumaat (3pm-12am)

Phone No. : 013-9442711

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.