Booking.com

Mesti ramai dalam kalangan anda yang sudah ‘terjebak’ dengan aktiviti main kutu ini bukan? Meskipun ramai yang sudah menganggap perkara ini normal namun sebenarnya aktiviti ini adalah salah dari segi undang-udang kerana terdedah kepada penyelewengan. Bukan itu sahaja, menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum bermain kutu ini akan jatuh haram jika tidak dilafaz akad.

Oleh itu, bagi mengelakkan situasi tanpa sedar ini berlaku kepada diri sendiri, apa kata anda cuba cara yang lebih moden iaitu dengan menggunakan akaun simpanan bank sendiri. Lebih mudah, lebih dipercayai dan terhindar dari kes ‘duit hilang’!

Main Kutu Maybank2u Cara Selamat
Aku ni dari dulu sejenjs gigih menyimpan, takde takde tapi kalau korek korek mesti ada, gitu lah aku.
Konsep menyimpan ni kena betul betul gigih baru kita dapat hasil yang kita nak.
7 bulan dah join dan tinggal lagi 3 bulan je untuk cukup 10k yayyyyyy!!!!
Actually, kat Maybank2u ni ada satu bahagian yang kita boleh simpan duit setiap bulan yang dipanggil ‘Create Goal +’.
Apa yang best kat ‘Create Goal +’ ni, first kita kena tahu apa tujuan kita nak create goal ni. Macam nak travel Jepun ke, nak beli gelang emas besar ke, nak beli body part kereta ke atau nak renew rotex kereta ke.
Pastu boleh set nak simpan berapa banyak duit setiap bulan. Maybank akan auto tolak duit dari akaun kita.
Lepas tu, bila dah sampai tempoh yang kita nak, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke akaun bank kita. Automatic. Takde kes hilang duit ke, mak kutu lari ke, best kan?
Follow step by step macam mana nak start gunakan ‘Create Goal +’ tu kat Maybank2u.
  1. Memula, bukak website Maybank2u dan Click Login Maybank2u.
  2. Scroll bawah sikit dan akan jumpa Create Goal +..
  3. Kemudian pilih category . Dalam tu ada banyak contoh tujuan seperti gift, family, travel, shopping, education, retirement dan others.
  4. Pastu letakkan goal name korang. Contoh kalau target nak deposit rumah, letak depo rumah. Macam nak beli gelang besow ke, so letak ‘Gelang besow ‘
  5. Dekat bahagian commitment ada by Monthly Amount dan by duration. Macam I, I pilih monthly amount.
  6. Click Saving Account-i
  7. Letakkan berapa jumlah yang dikehendaki di column Goal Amount
  8. Letak berapa jumlah untuk 1st deposit. Yg ni RM10 sebagai deposit pertama pun takpe.
  9. Letak berapa jumlah nak tolak setiap bulan dari akaun Maybank.
  10. Starting date tu letaklah setiap berapa haribulan nak duit tu tolak dari akaun Maybank kita.(serius macam kutu kan?)
  11. Click Start.
  12. Double check semua details dulu, kalau okay boleh click Confirm.
Cekidot!  Berhati-Hati Dengan Maybank Spoofing Scam
SETTLE!!
Sumber: Zetty Omar
KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.