Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Best Untuk Bersantai Dengan Famili.
Movenpick Hotel di KLIA ni masih baru, pembukaan pada tahun 2018. 5 minit dari Mitsui Premium Outlet, 7 minit dari Sepang International Circuit & 10 minit dari KLIA, hotel ni memudahkan anda-anda yang menunggu flight. Tapi, kalau nak santai-santai pun, sangat sesuai tau stay sini.
Movenpick Hotel berkonsepkan kontemporari, dengan pengaruh senibina Islamik terutama dari Turki & Iran. Menyediakan 333 bilik, anda boleh pilih nak stay di bilik Superior, bilik Duluxe, Bilik Executive ataupun Suite. Bilik serba lengkap dengan TV, airond, peti sejuk, minibar, safety box & WiFi. Ada bilik yang ada bath tub jugak. Fasiliti di hotel ni yang sering diperkatakan adalah kemudahan swimming pool nya yang mengasingkan lelaki dan perempuan. Macam tu jua gym nya. Disebabkan Movenpick ni hotel ‘Muslim-friendly’, ramai tetamu yang cukup selesa dengan kemudahan-kemudahan yang menitikberatkan pengasingan antara lelaki dan perempuan ni. Ada juga lounge area yang boleh dinikmati tetamu, dan 5 buah restoran yang meudahkan tetamu membuat pilihan makanan.
Bila anda menjejakkan kaki di Movenpick Hotel, anda akan dapat rasakan kemewahan yang ditawarkan. Keseluruhan kompleks bangunan hotel berwarna putih, dengan dinding panel berekabentuk geometri di mana cahaya matahari yang memembusi bangunan akan memberi corak & efek cahaya yang menenangkan. Best nak OOTD jugak gais! Bagi yang nak duduk sini, anda bolehlah book semasa promosi ni. Bilik bermula dari RM315 sahaja berbanding harga asal RM615. Jimat sangat ni. Booklah dulu, pergi kemudian pun takpe.
Movenpick Hotel KLIA
Movenpick Hotel KLIA
Link Penginapan Travel Murah
CAMERON HIGHLANDS
💥 Penginapan Bajet Bawah RM100 (Part 1)
💥 Penginapan Bajet Bawah RM100 (Part 2)
💥 Penginapan Mewah / Honeymoon
💥 Hotspot Menarik Untuk Dilawati
MELAKA
💥 Penginapan Bajet Bawah RM100
💥 Penginapan Homestay Sekeluarga
💥 Penginapan Hotel Mesra Famili
💥 Hotspot Menarik Untuk Dilawati
TEMPAT LAIN
💥 Penginapan Bajet PORT DICKSON
💥 Resort Menarik PULAU PANGKOR
IKUT NEGERI
💥 Kedah
💥 Perak
💥 Selangor
💥 Penang
💥 Melaka
💥 Johor
💥 Pahang
💥 Kelantan