Booking.com

Netizen Berang Direct Debit Pelik CIMB Menolak Duit Bertalu-Talu

Baru-baru ini timbul semula permasalahan dimana sejumlah wang berbentuk Direct Debit didapati ditolak dari akaun pengguna CIMB. Ada yang mengalami masalah berkali-kali dengan jumlah yang berbeza-beza.

Transaksi ini tidak memberikan sebarang description yang jelas. Disebabkan itulah ramai yang menganggap transaksi Direct Debit ini dibuat tanpa kebenaran.

Bila ditanya kepada pihak CIMB, dinyatakan transaksi tersebut adalah sah.

These ‘Direct Debit’ transactions are legitimate debit card transactions done by customers. These were isolated incidents relating to incomplete transactions which were recovered.

However, the transaction description got re-termed as ‘Direct Debit’, causing the confusion for our customers. We would like to reassure customers that these are genuine transactions and we will be communicating with our customers accordingly.

CIMB juga menjelaskan bahawa beberapa transaksi Direct Debit tersebut berkaitan dengan perkhidmatan langganan Netflix dan Spotify.

Namun netizen tidak berpuas hati kerana mereka akan mendapat notifikasi mengenai pembayaran langganan tersebut. Yang menjadi masalahnya sekarang, pembayaran Direct Debit yang tiada sebarang notifikasi.

Cekidot!  Virus COVID-19 Dikesan Di Permukaan Badan, Organ Dalaman, Air Kencing & Cecair Badan Mayat Hasil Bedah Siasat

Cara Batalkan Langganan Direct Debit

Di sebabkan pemotongan adalah direct debit, sila semak senarai langganan direct debit di akaun Cimb anda.

Jika ada, sila batalkan semua langganan sehingga anda tahu merchant mana yang ambil duit anda.

* Jika guna browser di hp, sila set dekstop view untuk layari laman akaun cimb anda.

1. Klik ikon Setting

2. Pilih Direct Debit Authorization

3. Pilih Akaun

4. Sekiranya ada langganan, ia akan disenaraikan di sini, anda boleh batalkan mana-mana yang tiada kebenaran anda.

Apapun diharapkan pihak CIMB dapat memberi penjelasan dan masalah ini dapat diatasi dengan segera.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.