Booking.com

Nightbus 127, Restoran Bas Menggamit Nostalgia.

Nightbus 127, nama yang tak asing lagi buat foodie yang yang gemarkan kelainan dan tempat unik untuk jalan-jalan cari makan. Seperti namanya, Nightbus 127 di Jenjarom ni memang sebiji bas yang telah diubahsuai dan dialihpakai untuk menjadi sebuah tempat makan.

Apa yang menggamit nostalgianya ialah bas ini memang dahulunya merupakan bas awam yang bawak penumpang di area Banting & Klang. Dan ya, bas bewarna merah yang bernombor 127 ni sangat ikonik untuk generasi terdahulu yang memang bergantung dengan pengangkutan awam ni untuk ke destinasi. Lepas bas ni dah tak digunakan, dari situlah datangnya idea untuk tukar bas ni jadi sebiji restoran. Menarik & bermakna kan?

Reka dalaman Nightbus 127 mengetengahkan vibe retro, dengan kerusi bas bewarna coklat merah yang memang sinonim dengan bas awam zaman tu. Lampu disko neon menambah suasana nostalgia kepada pengunjung.

Bab makanan pulak, Night 127 menghidangkan makanan barat yang telah dilokalkan. Pasta, burger & steak menjadi pilihan ramai kat sini. Menu yang wajib dicuba adalah menu signature mereka iaitu burger kambing & lembu dimana semuanya dari kepingan burger, roti & sosnya dibuat sendiri dari dapur mereka tau.

Cekidot!  Rimba Cafe, Makan Sambil Main Sungai

Bagi yang nak mencari tempat makan lain dari yang lain, jom datang sini.

Nightbus 127

Lokasi : Nightbus 127, Lot 389, 13, Jalan Klang Banting, Kampung Sungai Rambai, 42600 Jenjarom, Selangor

Waktu Operasi:

  • Ahad : 5pm-12am
  • Isnin : 5pm-12am
  • Selasa : Ditutup
  • Rabu : 5pm-12am
  • Khamis : 5pm-12am
  • Jumaat : 5pm-1am
  • Sabtu : 5pm-1am

Phone No.: 011-26264127

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.