Booking.com

Ombak Pantai, Restoran Celup Tepung No. 1 Pilihan Ramai.

Sepanjang-panjang Pantai Penarik, Setiu ni, memang banyak kedai yang menawarkan makanan celup tepung untuk pilihan pelanggan. Korang sebut je nak makan sotong ke, udang ke, ikan ke, ketam ke, keropok lekor ke, fish ball ke, semua pun diorang goreng celup tepung! Semua fresh, krup krap krup krap makan panas-panas, pekena air buah, atau ABC, tambah satar ikan dan kerang bakar sekali. Fuh, merecik!

Apa yang menariknya kat Ombak Pantai ni, yang menjadi pilihan No.1 pelanggan, adalah disebabkan setting dan suasana kat sini. Tempat ni menyediakan props yang cukup cantik untuk korang bergambar kenang-kenangan. Makan sambil menikmati tiupan angin pantai, sambal berselfie wefie, tak heranlah tempat ni menjadi tumpuan ramai.

Korang kalau datang Terengganu ni, jangan lupa singgah makan kat sini tau!

Lokasi: Pantai Penarik Chalok, Malaysia 22120

Dibuka setiap hari (10am-9pm)

No. Phone : 013-922 7993

KOMEN FACEBOOK
Cekidot!  Villa Klasik Dan Antik Di Terrapuri

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.