Pakej Lost World Of Tambun Berbaloi, Pilih Glamping atau Chalet Terapung.
Lost World of Tambun tengah buat promosi kaw-kaw. Anda boleh pilih nak rasai pengalaman glamping atau duduk di chalet terapung, dan pakej dah termasuk tiket theme park sekali.
Berbaloi ke? Jom tengok. Kalau anda tak tahu, Lost World of Tambun kat Ipoh ni yang letaknya 2 jam je dari KL, ada offer pengalaman glamping dan water chalet. Nikmati keindahan alam di bawah gemerlipan bintang dan unggas malam. Konsep glamor camping atau glamping kat sini sangat best. Khemah yang cukup lengkap dan selesa tersedia dengan 1 katil king atau 1 katil king & 2 katil single. Ada meja, kipas, penyangkut baju, cermin, tuala, toiletries & plug point. Tandas siap ada heater tau. Dan, chalet terapung pun cukup lengkap dengan segala kemudahan kat hotel, siap ada air-cond. Semua ni, dikelilingi dengan keindahan alam dan betul-betul tepi Tasik Boga. Memang cantik.
Untuk tiket theme park pulak, anda akan dapat kemasukan penuh selama 2 hari ke mana-mana taman tema yang anda mahukan. Tarikan di Lost World of Tambun ni termasuk Amusement Park, Petting Zoo, Water Park, Tiger Valley, Tin Valley, Adventure Park dan Hot Spring & Spa. Anda rasa 2 hari tu, boleh jelajah tak seluruh kawasan ni? Banyak sangat aktiviti yang boleh anda buat tau. Tak cukup rasanya 2 hari 1 malam tu.
Pakej ni termasuk breakfast dah. Bertempat di Garden Terrace, anda boleh nikmati pelbagai jenis makanan kat sini sebelum memulakan hari penuh adventure. Tempat makan yang lain pun banyak kat sini. Anda kena cuba mengopi di Dulang Tea House, dikelilingi gua dengan makanan klasik. Memang layan habis.
Pakej yang ditawarkan adalah :
- Pakej Glamping Twin (2 dewasa) – RM650 (harga asal RM1078)
- Pakej Glamping Famili (2 dewasa + 2 kanak-kanak) – RM 950 (harga asal RM1438)
- Pakej Chalet Terapung Twin (2 dewasa) – RM918 (harga asal RM1078)
- Pakej Glamping Famili (2 dewasa + 2 kanak-kanak) – RM 1188 (harga asal RM1738)
Anda boleh nilai sendiri berbaloi atau tidak. Rasa-rasa kalau takde promo, boleh ke dapat harga macam ni? Grab cepat, nanti menyesal!
Pakej Lost World of Tambun
Pakej Lost World of Tambun
Link Penginapan Travel Murah
CAMERON HIGHLANDS
💥 Penginapan Bajet Bawah RM100 (Part 1)
💥 Penginapan Bajet Bawah RM100 (Part 2)
💥 Penginapan Mewah / Honeymoon
💥 Hotspot Menarik Untuk Dilawati
MELAKA
💥 Penginapan Bajet Bawah RM100
💥 Penginapan Homestay Sekeluarga
💥 Penginapan Hotel Mesra Famili
💥 Hotspot Menarik Untuk Dilawati
TEMPAT LAIN
💥 Penginapan Bajet PORT DICKSON
💥 Resort Menarik PULAU PANGKOR
IKUT NEGERI
💥 Kedah
💥 Perak
💥 Selangor
💥 Penang
💥 Melaka
💥 Johor
💥 Pahang
💥 Kelantan