Booking.com

PandaiBot Telegram Memang Pandai Segala Macam

Seorang programmer Malaysia telah membina sebuah Bot untuk memudahkan pengguna Telegram melakukan beberapa urusan yang dinamakan PandaiBot.

Senang nak gunakan bot ini, hanya perlu ‘berborak’ dengannya untuk melakukan urusan tertentu. Arahan dan langkah-langkah disertakan bersama ketika berinteraksi dengan PandaiBot.

Setakat artikel ini ditulis, fungsi yang tersedia ialah:

  • Menyemak status penghantaran kurier : Pos Laju, Pos Malaysia, SkyNet, City-Link, GD Express, Airpak Express
  • Pelbagai urusan lain : Semak senarai hitam PTPTN, berita terkini dari portal terpilih, kamus untuk carian terjemahan Bahasa Malaysia/Inggeris, waktu solat seluruh Malaysia, ayat mengorat (pickup line), kuot kata-kata individu terkenal, semak kadar matawang
  • Fungsi cari gambar dan gambar bergerak (GIF) juga ada.

Jika anda sudah menggunakan Telegram,
hanya buat carian @pandaibot dari dalam Telegram anda.

Bagi yang belum memiliki aplikasi Telegram, anda boleh muat turun daripada Playstore/Appstore.

Bosan-bosan semasa PKP boleh layan /tekateki memang thorbaekkk!

KOMEN FACEBOOK
Cekidot!  Cara Tebus Internet PERCUMA Selama Tempoh PKP

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.