Booking.com

Quinara Al-Safir Resort, Dahlah Dekat Pantai, Ada Waterpark Pulak Lagi.

Quinara Al-Safir Resort merupakan satu tempat yang sesuai untuk anda bawak keluarga bercuti di Terengganu. Boleh penuhi permintaan anak-anak nak main air, boleh lepak-lepak santai menikmati keindahan pantai & beraktiviti di sekitar Kuala Terengganu. Buat pengetahuan, resort ni dekat dengan Jambatan Angkat Kuala Terengganu & Pasar Payang yang merupakan port wajib pergi bila sampai sini. Padat habis lah plan cuti kali ni kan?

Quinara Al-Safir Resort sesuai untuk semua jenis percutian disebabkan variasi penginapannya. Ada bilik standard dengan 1 katil queen, bilik superior duluxe dengan 2 katil queen dan bilik famili suite dengan 4 katil king. Jarang nak ada hotel yang sediakan bilik dengan lebih 2 katil double ni kan? Kalau nak duduk di unit rumah tamu dengan 4 bilik pun ada. Jadi, bolehlah anda pilih nak stay unit yang mana ikut kesesuaian. Buat family day, gathering ramai-ramai pun seronok kan?

Cekidot!  Zoo Villa, Indoor Swimming Pool Dikelilingi View Hutan

Dan semestinya, tarikan kat sini adalah mini water park nya. Ada 3 kolam renang yang luas, dan struktur permainan air. Sehari suntuk boleh dihabiskan kat sini. Dah lapar tu, restoran Lambur Cafè pula jadi tumpuan. Dikhabarkan, kat sini nasi dagang paling sedap di Kuala Nerus. Makanan lain pun tak kurang sedapnya.

Jangan tak percaya, Resort best macam ni, boleh dapat bilik RM98 je satu malam. Dah masuk tiket waterpark lagi tu. Tak dapat dah kat lain. Yang nak ke Terengganu, silalah stay kat sini.

Lokasi : Quinara Al-Safir Resort, LOT 29295, Jln Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu.

Phone No. : 09-6674040 013-9054041

Quinara Al-Safir Resort

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.