Booking.com

Rimba Cafe, Makan Sambil Main Sungai.

Rimba Cafe Kuala Kedua berlokasi di Baling Kedah ni memang membawa kelainan kepada para pengunjung. Kat sini, anda boleh menikmati hidangan sambil berendam dalam sungai. Ya, sungai semulajadi, ditemani rimbunan pokok-pokok hutan. Memang rare sangat kan?

Rimba Cafe ni hidang makanan Melayu ala kampung. Ada set-set yang boleh dipilih mengikut selera anda. Antara menu yang popular adalah gulai daging umbut pisang, masak lemak ikan baung, sambal udang galah, ikan & sotong bakar, lengkap dengan ulaman, sambal belacan & air asam sebagai pelengkap rasa. Lagi satu, ikan pekasam pun ada. Sah dah tak toleh kiri kanan rasanya kalau makan kat sini. Jangan sampai lupa anak-anak yang tengah berendam kat sungai tu pulak ye!

Kat sini boleh memuatkan 150 orang dalam satu masa. Ruang parking yang luas disediakan, surau & tandas pun ada. Tapi, disebabkan tempat rare ni sangat terhad, adalah lebih baik anda buat booking dulu sebelum ke sana. Yang nak bersantai makan-makan dengan keluarga kat sini, hubungi pihak Rimba Cafe segera.

Lokasi : Rimba Cafe Kuala Kedua, 702, Hulu Lenggong, 09100 Baling, Kedah

Cekidot!  Areca Hotel Penang, Hotel Butik Yang Affordable

Waktu Operasi : 10am – 6pm, Ditutup hari Selasa

Phone No. : 013-505 4994

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.