Cameron Highland boleh dikatakan tempat percutian di Pahang yang paling popular bukan sahaja di kalangan orang Malaysia bahkan turut menjadi tumpuan pelancong luar negara untuk melihat keindahan flora & fauna di sini. Jadi, tidak hairanlah saban hujung minggu atau cuti sekolah memang ramai pelancong yang datang bercuti di Cameron Highland.
Sebaiknya, kalau nakkan percutian anda di Cameron Highland lebih best, datanglah ke sini pada waktu bukan cuti kerana lebih kurang sesak & tak perlu nak beratur panjang-panjang. Sekiranya anda bercadang untuk bermalam di Cameron Highland, kawasan Brinchang & Tanah Rata adalah dua lokasi utama yang mempunyai banyak pilihan penginapan.

32Puncak Gunung Brincang & Mossy Forest

Sekiranya anda sukakan aktiviti jungle trekking, boleh mencuba denai-denai menuju ke Puncak Gunung Brincang & juga ke Mossy Forest. Puncak Gunung Brincang merupakan kawasan tertinggi di Cameron Highland & dari sini anda boleh melihat pemandangan cantik dari kawasan puncak & bahkan boleh nampak bandaraya Ipoh kalau dilihat dari menara tinjau di sini. Sesuai untuk ke sini pada waktu pagi & petang ketika matahari sedang tenggelam atau naik.

Kawasan Mossy Forest juga sangat terkenal di Cameron Highland sebagai satu kawasan berhutan yang masih belum diganggu oleh pembangunan moden & turut pernah menjadi lokasi penggambaran beberapa filem Melayu. Kalau anda bukan kaki redah hutan, sebaiknya cari mana-mana pemandu pelancong di kawasan Tanah Rata untuk membawa anda ke sini menggunakan 4×4. Pemandangan di sini dengan pokok-pokok rimba menghijau memang sangat rare untuk dijumpai di tempat lain.

31Observation Tower

Jika anda merancang untuk ke Mossy Forest dan berniat untuk meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Brinchang jangan lepaskan peluang untuk melihat pemandangan dari atas Observation Tower.

Di puncak nanti anda berada 2032 meter dari paras laut dan dari sini anda dikelilingi pemandangan menakjubkan yang terbentang luas dihadapan mata.

Lokasi: Gunung Brinchang

30Air Terjun Parit

Air Terjun Parit ini tersembunyi didalam taman rekreasi Kampung Sedia tidak jauh jika anda berjalan kaki dari tanah rata 800 meter dari Hotel Pines Century.

Selain daripada bermandi di air terjun pelawat juga dapat menikmati keindahan hutan hijau yang mengelilingi air terjun tersebut. Terdapat jalan-jalan kecil jika anda minat jungle trekking.

Jika anda merancang untuk memandu kesini anda boleh parking di tempat letak kereta percuma yang disediakan. Di sini juga terdapat kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan tandas.

Lokasi: Tanah Rata

29Lata Iskandar

Dalam perjalanan ke Cameron Highland, 25 kilometer sebelum sampai ke pekan Ringlet, terdapat sebuah air terjun bernama Lata Iskandar.

Air terjun ini mempunyai ketinggian 25 meter dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyejukkan badan pada hari yang panas.

Pada hari cuti sekolah atau hujung minggu tempat ini dibanjiri dengan pelancong yang datang untuk menikmati keindahan air terjun tersebut.

28Air Terjun Robinson

Jika anda lebih cenderung kepada aktiviti luaran dan ingin melihat keindahan alam yang ditawarkan oleh Cameron Highland singgah sebentar di air terjun Robinson.

Air Terjun Robinson merupakan satu daripada tiga air terjun popular di Cameron Highland. Untuk ke air terjun ini anda perlu berjalan sebentar di dalam hutan, bagus jika anda penggemar aktiviti jungle trekking.

Lokasi: Tanah Rata

27Gunung Irau

Gunung Irau adalah gunung yang tertinggi di Cameron Highland dan puncaknya terletak 2110 meter diatas paras laut. Jika anda mencari tempat menarik untuk mendaki gunung semasa berada di Cameron Highland mungkin Gunung Irau jawapannya. Permandangan dari puncak Gunung Irau sangat memukau!

26Ladang Teh BOH Sungai Palas

Ladang Teh Boh di Cameron Highland ada beberapa tempat & lokasi yang paling popular adalah di Sungai Palas, Brinchang. Juga dikenali sebagai Boh Teh Centre Sungei Palas, destinasi ini sering menjadi tumpuan pelancong & sentiasa ramai orang pada waktu cuti sekolah atau hujung minggu.

Seperti juga di satu lagi lokasi Ladang Teh Boh di Ringlet, apa yang menarik untuk anda lakukan di sini pada dasarnya adalah sama iaitu menikmati hidangan teh & pencuci mulut di kafe, melihat pameran, lawat kilang teh, membeli cenderahati teh BOH & yang paling best adalah menikmati keindahan panorama ladang teh boh yang terbentang luas.

Kalau anda berbulan madu di Cameron Highland, destinasi ladang teh adalah wajib untuk anda singgah. Bukan sahaja menikmati makanan santai & teh yang segar, malah boleh bergambar di satu kawasan yang sangat cantik yang sering menjadi lokasi penggambaran filem dalam Malaysia. Namun kalau pada waktu puncak boleh potong mood untuk bercuti kerana kesesakan, sebaiknya pilih destinasi ladang teh lain samaada Ladang Teh Boh di Ringlet atau Bharat Teh Garden. Jalanraya menuju ke Ladang Boh Sg Palas juga agak berliku-liku & bumpy serta agak sempit, jadi berhati-hati.

Lokasi: Sungai Palas, Brinchang, Pahang
Operasi: 9.30 am – 4.30 pm (Isnin cuti)
Hubungi: 05-4931324
Harga Tiket: Percuma

25Boh Tea Garden di Ringlet

Satu lagi tempat menarik untuk dilawati di Cameron Highland adalah Ladang Teh Boh di Ringlet atau juga dikenali sebagai Boh Tea Garden yang merupakan ladang teh Boh yang paling besar di Cameron Highland. Pemandangan hijau permaidani ladang teh pasti memberi satu ketenangan yang mengusik jiwa & kalau datang ke sini wajib bawa kamera untuk sesi ambil gambar sebagai kenangan.

Di sini juga menempatkan sebuah cafe yang mana pelancong boleh menikmati rasa teh asli Boh yang segar & juga pelbagai aneka pencuci mulut seperti kek yang menjadi kombinasi terbaik untuk diminum dengan teh, ditambah pula dengan pemandangan ladang yang cantik & suhu yang sejuk, superb! Ada juga beberapa ruangan pameran yang berkaitan dengan hal perihal teh boh & juga tempat untuk membeli cenderahati seperti teh berperisa & sebagainya. Selain itu terdapat juga sebuah Kilang Teh Boh yang dibuka umum untuk lawatan & sesuai sebagai destinasi lawatan sambil belajar institusi pengajian atau sekolah. Sesudah menikmati hidangan di cafe, bolehlah terus naik ke puncak bukit melalui denai yang disediakan untuk melihat pemandangan Ladang Teh Boh Ringlet dari sudut yang paling cantik.

Lokasi: Ringlet, Cameron Highlands
Operasi: 9.00 am – 4.30 pm
Hubungi: 05-4931324
Harga Tiket: Percuma

24Ladang Teh Bharat / Cameron Valley Tea House 2

Ladang Teh Barat di Cameron Valley ini terletak tidak jauh dari kawasan Tanah Rata sekitar 2-3 km sahaja. Kalau bercakap pasal Ladang Teh Bharat, ada dua lokasi yang tidak jauh antara satu sama lain sekitar 1 km sahaja & sering menjadi kunjungan pelancong untuk melawat tadang teh yang dikendalikan oleh Bharat Group iaitu Cameron Valley Tea House 1 & Cameron Valley Tea House 2. Lokasinya berbeza tetapi konsep produk pelancongan adalah sama.

Cekidot!  A'moss Farmstay Permandangan Memukau Tanah Tinggi

Cameron Valley Tea House 2 ini mempunyai ruangan parking kereta yang lebih besar & prasarana pelancongan juga sama seperti di Cameron Valley Tea House 1. Pengunjung boleh melawat ladang teh di sekitar kawasan sini secara percuma samaada untuk aktiviti ambil gambar atau melayan jiwa menikmati keindahan Ilahi. Di sini juga menempatkan sebuah Tea House yang mana anda boleh menjamu selera dengan aneka pilihan kek & sandwich bersama dengan aneka teh segar terbaik dari ladang. Ada juga kawasan lawatan ke kilang teh & ruangan untuk pelancong membeli buah tangan & cenderahati contohnya aneka pilihan teh warna warni & pelbagai perisa seperti teh hijau, strawberi, mango & sebagainya.

Ruangan letak kereta di sini juga besar & akses melalui jalanraya ke sini dengan kereta juga lebih mudah kalau nak dibandingkan dengan lokasi ladang teh popular di Cameron Highland yang lain. Seperti kebanyakan tarikan pelancongan ladang teh, tiada tiket masuk dikenakan, cuma anda perlu sediakan wang untuk menjamu selera atau membeli cenderahati.

Lokasi: 34 Mile Cameron Highlands, Tanah Rata
Operasi: 9.00 am – 4.00 pm
Hubungi: 05-4911133
Harga Tiket: Percuma

23Ladang Teh Bharat / Cameron Valley Tea House 1

Seperti yang telah dinyatakan di atas, destinasi ini juga berkonsepkan kafe dengan pilihan aneka teh eksotik & pemandangan ladang teh yang indah adalah tarikan utama pelancong di sini. Makanan di sini lebih kepada yang santai-santai. Sebaik sudah merasai teh segar & melihat pemandangan dari kafe, bolehlah turun ke ladang teh melalui denai jalan yang disediakan. Melalu denai ke ladang teh dari Cameron Valley Tea House 1 lebih senang kalau nak dibandingkan dengan Cameron Valley Tea House 2.

Di sini juga ada tempat untuk pelancong membeli aneka teh yang pelbagai rasa serta mempunyai kemudahan parking kereta yang baik. Melawat ladang teh adalah percuma & perbelanjaan hanyalah untuk makan serta beli buah tangan.

Lokasi: Tanah Rata, Ringlet
Operasi: 9.00 am – 4.30 pm
Hubungi: 05-4915742
Harga Tiket: Percuma.

22Cameron Adventurous

Sekiranya anda inginkan aktiviti menarik di Cameron Highland yang lebih mencabar, apa kata mencuba menikmati pemandangan ladang teh di Kuala Terla dengan menggunakan kenderaan seperti 4×4, jeep ataupun ATV. Perkhidmatan sewa kenderaan sebegini disediakan oleh Cameron Adventurous yang terletak di Kuala Terla & kira-kira 2km dari Lavender Garden. Cameron Adventurous menawarkan 3 produk pelancongan untuk pengunjung seperti 4×4 Safari, ATV Safari & Extreme ATV.

Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan & pengunjung perlu buat tempahan seminggu awal kalau teringin nak mencuba pengalaman unik ini di Cameron Highland bagi mengurangkan kesesakan pelancong terutamanya pada hujung minggu & waktu cuti sekolah.

Lokasi: Kuala Terla, Tanah Rata
Operasi: 9.00 am – 6.00 pm
Hubungi: 013-5342002
Harga Pakej: RM 10/pax (4×4 Safari | RM 50 (ATV Safari) | RM 65 /pax (Extreme ATV)

21Pasar Malam di Cameron Highland

Bermula Februari 2017, Pasar Malam baru Cameron Highland di Pekan Brinchang kini telah beralih tapak di Sungai Ruil berdekatan Golden Hills. Pasar malam ini terletak di antara Pekan Brinchang & Tanah Rata. Waktu operasi dibuka setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula lewat petang sampailah ke malam. Berbeza dengan pasar malam yang biasa kita pergi kat rumah, di sini kebanyakan barangan yang dijual semuanya adalah hasil daripada produk di Cameron Highland sendiri seperti sayur-sayuran, buah strawberi, serbuk teh, cenderahati dan sebagainya.

Selain itu, pasar malam ini juga merupakan destinasi tempat makan di Cameron Highland yang menarik untuk mencari makanan-makanan yang sedap dan santai. Pasar Malam Golden Hills ini juga dekat dengan Golden Hills Resort & beberapa penginapan lain di sekitarnya. Kalau menginap di hotel sekitar sini, boleh jalan kaki je ke Pasar Malam Golden Hills.

Lokasi: (Landmark Golden Hills Resort), Jalan Sungai Ruil, Brinchang
Operasi: 6.00 pm – 11.00 pm (Jumaat malam Sabtu & Sabtu malam Ahad )

20Taman Agroteknologi MARDI

Cameron Highland dan Teh ibarat irama dan lagu. Tak lengkap percutian anda di Cameron Highland kalau tak melihat keindahan pokok-pokok kebun teh yang ada di sini. Dan salah satu tempat yang boleh anda singgah adalah di destinasi ini iaitu merupakan sebuah tempat penyelidikan yang telah dibuka dibawah pengurusan institusi kerajaan.

Di dalam Taman Mardi yang seluas lebih 40 hektar ini terdapat beberapa tarikan utama seperti tapak penyemaian, kebun pohon-pohon bunga, ladang dan juga kawasan penanaman untuk pokok-pokok teh. Banyak sebenarnya tarikan tumbuhan lain seperti bunga-bungaan, periuk kera, sayuran & sebagainya.

Lokasi: JKR266, Jalan Persiaran Endah, Tanah Rata
Operasi: 8.45 am – 5.00 pm
Hubungi: 05-4911255
Harga Tiket: RM 5.00 (dewasa), RM 3.00 ( kanak-kanak)

19Kebun Strawberi & Cafe / YZ Agro Farm

Destinasi ini terletak di Kampung Taman Sedia & 100% diusahakan oleh bumiputera Mohd Yusoff bin Abdul Satar bersama rakan kongsi Zulkefli Zahari pada 2011. Pengunjung boleh merasai pengalaman memetik buah strawberi dari kebun bersama keluarga & anak-anak. Waktu cuti sekolah atau hujung minggu, kalau anda ingin merasai pengalaman memetik buah strawberi, sebaiknya datang ke sini kerana kurang pelancong & tidak sesak. Prasarana pelancong juga lengkap & akses ke sini dengan kereta juga mudah.

Yang paling best, anda bukan sahaja dapat memetik buah strawberi, malah turut ada kafe yang menyediakan makanan berat seperti nasi lemak, mee kari atau makanan santai seperti waffle, scone, aiskrim & sebagainya yang fresh dibuat menggunakan strawberi dari kebun. Sesuai juga sebagai destinasi untuk sarapan pagi sekiranya anda teringin nak makan makanan dengan selera orang Melayu. Maklumlah ownernya Melayu maka anda boleh makan menu halal tanpa was-was.

Lokasi: No.22. Kampung Taman Sedia, Tanah Rata
Operasi: 8.30 am – 6.30 pm (Selasa cuti)
Hubungi: 019-5416377
Harga Tiket: Percuma

18KHM Strawberries & Jam

Salah satu kebun strawberi di Cameron Highland yang pertama yang diusahakan oleh orang Melayu & lokasinya juga bertempat di Kampung Taman Sedia iaitu sebuah kawasan perkampungan yang juga dikenali dengan Kampung Melayu Cameron Highland. Destinasi ini juga merupakan tempat yang sangat ideal untuk anda merasai pengalaman memetik buah strawberi yang fresh & boleh dibawa balik. Ada juga tempat jualan strawberi yang sudah siap dibungkus serta pilihan jem strawberi yang sangat sesuai untuk dijadikan buah tangan.

Cekidot!  Pengalaman Tinggal Atas Pokok Di Terra's Tree House

Yang menjadi tarikan utama pengunjung di sini bukan kebunnya sahaja, malah di sini juga ada kafe yang menyediakan makanan yang banyak bermenukan buah strawberi seperti nasi lemak sambal strawberi, acar strawberi, waffle strawberi, scone strawberi, homeade ice-cream & sebagainya. Memang sangat unik & menu makanan juga lebih mesra citarasa orang Melayu.

Lokasi: No 9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata
Operasi: 8.30 am – 6.00 pm ( Rabu cuti)
Hubungi: 05-4911836
Harga Tiket: Percuma

17Cactus Point

Seperti namanya, destinasi ini merupakan sebuah kebun yang mempunyai pelbagai jenis pokok kaktus baik yang besar atau yang kecil di dalam pasu. Memang sesuai untuk dijadikan destinasi lawatan bersama anak-anak untuk lebih mengenali pokok-pokok berduri yang eksotik ini. Di sini juga mempunyai beberapa tumbuhan pokok bunga yang tidak kurang menariknya.

Sekiranya anda ingin mencari cenderahati, bolehlah ke sini untuk membeli pokok bunga atau kaktus dalam pasu kecil untuk dijadikan kenangan percutian anda di Cameron Highland. Kalau anda bercuti di Cameron Highland secara bajet, bolehlah juga masukkan destinasi ini dalam senarai anda, kerana masuk ke dalam kebun kaktus ini adalah percuma.

Lokasi: Brinchang
Operasi: 9.00 am – 6.00 pm
Hubungi: 011-17829384
Harga Tiket: Percuma

16Cactus Valley

Cactus Valley atau Lembah Kaktus ini merupakan satu lagi kawasan tempat menarik di Cameron Highland yang sudah lama berada di sini dan sering menjadi kunjungan pelancong untuk melihat ratusan pokok-pokok cactus yang pelbagai bentuk dan pelbagai saiz. Ada juga pokok kaktus di sini dikatakan mencecah usia sehingga enam puluh tahun. Selain pokon-pohon kaktus di sini juga ada beberapa spesis pokok lain seperti pokok buah epal, pokok bunga dan sebagainya.

Selain melihat pokok-pokok di sini, pengunjung juga boleh membeli pokok kaktus yang kecil dalam pasu sebagai cenderahati untuk orang di rumah.

Lokasi: Pekan lama, Brinchang
Operasi: 8.00 am – 6.00 pm
Hubungi: 05-4915640
Harga Tiket: RM 4 (dewasa), RM 2 (kanak-kanak)

15Big Red Strawberry Farm

Destinasi pelancongan yang menarik di Tanah Rata ini hanya terletak bersebelahan dengan Cactus Valley. Ladang ini menempatkan deretan barisan pokok-pokok buah strawberi yang sangat menarik terutamanya ketika musim berbuah. Suasana di sini juga memang sangat nyaman dan kebersihan landskap ladang ini juga dijaga dengan baik sekali.

Selain membeli buah strawberi yang sudah tentu sangat segar, pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman memetik buah merah yang cantik ini pada bayaran yang berpatutan.

Lokasi: Brinchang
Operasi: 8.00 am – 6.00 pm
Hubungi: 05-4913327
Harga Tiket: Percuma

14Kebun Pokok Bunga Lavender

Lavender Garden ini yang terletak terletak di antara Kuala Terla dan Tringkap dibuka untuk lawatan pelancong secara rasminya sekitar 2013 dan suasana taman ini memang sangat cantik dengan barisan-barisan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni. Walaupun nama kebuh ini ialah Lavender, terdapat juga bunga-bunga lain yang menjadi tarikan pelancong
seperti pokok bunga kamelia, pokok bunga mawar, bunga daisy dan sebagainya.

Sekiranya anda berbulan madu ke Cameron Highland, sangat dicadangkan untuk datang ke destinasi romantis ini untuk ambil gambar sebagai kenang-kenangan dengan yang tersayang. Dibuka setiap hari dari pagi sampai ke petang dan kemudahan tempat letak kereta juga banyak baik untuk kenderaan kecil ataupun besar seperti bas.

Lokasi: Taman Tringkap, Brinchang
Operasi: 9.00 am – 6.00 pm (Isnin-Khamis)| 9.00 am – 7.00 pm (Jumaat – Ahad)
Hubungi: 05-4961208
Harga Tiket: RM 8.00 (dewasa) | RM 5.00 (kanak-kanak)

13Taman Rama-Rama

Destinasi taman rama-rama atau butterfly garden ini terletak di Kea Farm, anda akan jumpa taman ini dalam empat kilometer selepas melalui kawasan pekan Brinchang.

Boleh dikatakan salah satu destinasi pelancongan di Cameron Highland yang paling lama wujud di sini sebelum adanya destinasi-destinasi lain. Di sini pengunjung boleh bermain dengan rama-rama yang ada secara bebas tanpa halangan pagar. Taman rama-rama ini juga tertutup bagi mengelakkan bintang comel ini terbang ke tempat lain. Selain rama-rama ada juga beberapa binatang eksotik lain untuk tontonan umum seperti kala jengking, cicak, serangga kumbang dan juga ular.

Lokasi: 43rd Miles, Kea Farm, Brinchang
Operasi: 9.00 am – 6.00 pm
Hubungi: 012-5295568
Harga Tiket: RM 5.00 (dewasa), RM 2.00 (kanak-kanak)

12Ladang Lebah di Cameron Highland

Seperti yang telah dikatakan tadi, Ladang Lebah ini atau juga dikenali dengan Bee Farm terletak berdekatan dengan Pasar Kea Farm dan juga Equatorial Resort. Ladang ini merupakan tempat pembiakan lebah yang diletakkan di dalam sarang buatan untuk menghasilkan madu.

Secara kasarnya destinasi ini hanyalah ladang semata-mata dan kalau hanya nak lihat bagaimana rupanya sebuah ladang lebah memang sangat sesuai untuk datang ke Bee Farm. Selain itu, anda juga boleh membeli madu-madu segar yang dihasilkan oleh lebah-lebah di ladang ini. Ada juga ruangan tempat membeli produk lebah seperti madu, losyen madu & juga sabun-sabun yang dibuat daripada madu.

Masuk ke sini pun percuma dan mungkin satu destinasi yang ideal untuk kanak-kanak untuk lebih mengenali haiwan kecil ini yang sering menjadi watak penting dalam animasi kartun di kaca TV.

Lokasi: Brinchang
Operasi: 8.00 am – 7.00 pm
Hubungi: 05-4961951
Harga Tiket: Percuma

113D Art Museum Cameron Highland

Sekiranya anda bercuti di Cameron Highland dengan anak-anak, destinasi ini wajib anda cuba lawati. Seperti di kebanyakan tempat menarik di Malaysia yang popular, destinasi pelancongan sebegini ala-ala 3D mural mesti ada seperti di Langkawi, Penang, Port Dickson, Bandar Hilir Melaka & sebagainya. Yang berbeza tentang setiap galeri sebegini adalah variasi lukisan mural dinding 3D yang berlainan dengan tarikan yang pasti membuatkan anak-anak suka. Kalau datang sekeluarga, bolehlah ambil gambar ramai-ramai dalam posisi yang betul yang akan menghasilkan satu photo yang seakan-akan hidup. 3D Art Museum Cameron Highland terletak di aras 2 berdekatan shopping mall di Nova Complex, Cameron Square.

Lokasi: Level 2, Cameron Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, Cameron Highlands
Operasi: 10.00 am – 6.00 pm
Hubungi: 017-5055128
Harga Tiket: RM 18 (dewasa) | RM 10 (kanak-kanak)

10Muzium Time Tunnel

Muzium Time Tunnel ini dibina untuk mengekalkan memori bersejarah dan warisan budaya untuk Cameron Highand sendiri. Destinasi ini hanya terletak di Brinchang dan lokasi muzium ini juga berada di aras bawah di dalam Ladang Strawberi Kok Lim.

Muzium ni sebenarnya memaparkan barangan koleksi peribadi See Kok Chan iaitu seorang peduduk setempat di Cameron. See ni seorang yang suka akan benda-benda yang antik atau barangan yang berusia. Makin lama usia sesuatu koleksi barangan maka makin berharga nilainya.

Cekidot!  Dim Sum Halal Untuk Orang Pahang Dari YuSu Dimsum

Jadi dipendekkan cerita, dalam misi untuk berkongsi hasil koleksi barangan peribadi beliau dengan umum, maka See telah menjadi rakan kongsi dengan Ladang Strawberi Kok Lim untuk membuka Time Tunnel Museum ini. Sekiranya anda ingin lebih tahu sejarah tentang tempat-tempat menarik di Cameron Highland, sangat dicadangkan untuk melawat sendiri muzium ini.

Lokasi: (Sebelah Kok Lim Strawberry Farm) Jalan Sungai Burong, Brinchang
Operasi: 9.00 am – 6.00 pm
Harga Tiket: RM 6.00 (dewasa) | RM 4.00 (kanak-kanak)

9Fragrance Nursery

Selain di Taman Bunga Lavender, di sini juga merupakan tempat yang sangat sesuai untuk mereka yang gemar melihat bunga-bunga segar. Selain itu, ada juga pokok lain yang tumbuh di sini seperti buah strawberi dan juga anggur.

Malah pengunjung boleh membeli produk-produk yang dipetik di sini baik untuk makan sendiri atau untuk dijadikan buah tangan untuk keluarga di rumah. Seperti juga di tempat pelancongan sebegini yang lain di sekitar Cameron Highland, anda juga boleh merasai pengalaman memetik buah-buah tempat sejuk yang pasti menjadi kenangan baru terutamanya kepada kanak-kanak.

Lokasi: Batu 41, Jalan Kea Farm, Brinchang
Operasi: 8.00 am – 6.00 pm
Harga Tiket: Percuma

8Ladang Anggur Bertam Valley

Tarikan pelancongan utama di Cameron Highland bukan sahaja pelancong dapat melihat ladang-ladang strawberi, malah ladang anggur juga ada. Kalau anda bercadang ke sini untuk lihat pokok anggur, pastikan anda periksa waktu musim berbuah setiap ladang anggur di Cameron Highland.

Maklumlah anggur hanya berbuah 2 kali setahun samaada sekitar Mac atau September. Kadang-kadang ada juga bulan Mei baru anggur di sini masak ranum & sesuai untuk dipetik. Ladang ini akan kembali lengang daripada kunjungan pelancong apabila pokok anggur tidak berbuah. Selain bergambar, pengunjung boleh merasai pengalaman memetik buah anggur & beli sebagai buah tangan, harganya sekitar RM20-23 sekilo bergantung kepada pasaran harga semasa. Selain anggur, ada juga beberapa tanaman di sini yang menjadi tarikan pelacong seperti jagung, sawi, kacang & sebagainya.

Lokasi: Jalan Sungai Royang – Ringlet (6km dari Stesen Petrol Shell di Simpang Ringlet)
Operasi: 9 am – 5 pm
Harga Tiket: Percuma

7Pasar Kea Farm di Brinchang

Pasar Kea Farm ini terletak tidak jauh dari pekan Brinchang dan lokasinya juga hanya lebih kurang 2-3km dari Tringkap. Destinasi ini merupakan pasar yang menjual pelbagai barangan tempatan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, barangan cenderahati, makanan ringan dan sebagainya.

Sekiranya anda inginkan produk makanan Cameron Highland yang fresh-fresh, inilah salah satu destinasi yang paling ideal untuk anda terjah. Setiap kali cuti sekolah & hujung minggu, memang penuh pelancong ke sini untuk membeli buah tangan. Tempat untuk parking kereta juga sangat terhad pada waktu puncak. Pasar ini juga terletak tidak jauh dengan beberapa tempat menarik lain di Brinchang seperti Rose Center, Ladang Lebah (Bee Farm) dan juga Taman Rama-Rama.

Lokasi: Brinchang
Operasi: 8.00 am – 6.00 pm

6Ladang Anggur Blue Valley

Selain di Bertam Valley, Ringlet ada satu lagi ladang anggur di Cameron Highland untuk anda melihat tanaman buah anggur iaitu Ladang Anggur Blue Valley yang diusahakan oleh KC Kwang & Son Sdn Bhd. Sama juga di Ladang Anggur Ringlet / Bertam Valley, waktu berbuah untuk anggur adalah hanya beberapa kali setahun. Jadi rancang perjalanan ke sini untuk mengetahui bila waktu terbaik ladang anggur ini berbuah.

Selain anggur, Ladang Anggur Blue Valley ini juga menempatkan pokok-pokok buah tomato yang banyak. Sesuailah untuk anda mencari sayuran segar atau mungkin datang untuk melihat suasana yang unik ini sambil ber’selfie’ untuk kenang-kenangan percutian anda di Cameron Highland.

Lokasi: KC Kwang & Sons Grape & Tomato Farm, No. 33 Main Road, Kg Raja
Operasi: 9.00 am – 6.00 pm
Hubungi: 05-4983150
Harga Tiket: Percuma

5Orkid & Rose Garden

Destinasi taman bunga di Cameron Highlands memang banyak & salah satu lokasi yang senang diakses kalau anda bercuti atau menginap di Brinchang adalah di Orkid & Rose Garden yang hanya terletak bersebelahan dengan Nova Highland Resort & Residence atau Shopping Mall Cameron Square. Pilihan tanaman bunga di sini memang sangat bervariasi terutamanya pelbagai koleksi bunga ros yang sangat cantik & mungkin ada sesetengah spesis yang belum anda jumpa di tempat lain. Bunga-bunga lain juga banyak seperti orkid, bunga matahari, bunga raya & juga tumbuhan eksotik seperti periuk kera.

Selain tumbuhan pokok bunga, di sini juga ada beberapa haiwan menarik untuk tatapan anak-anak anda seperti arnag, itik, iguana, ikan & sebagainya. Memandangkan lokasinya yang dekat dengan tumpuan pelancong, maka memang ramai yang datang ke sini sebagai salah satu aktiviti wajib untuk melawat taman bunga di Cameron Highland.

Lokasi: 74, Green Cow, Brinchang
Operasi: 9.00 am – 6.00 pm ( Rabu cuti)
Hubungi: 017-5192383
Harga Tiket: RM 6.00 (dewasa) | RM 4.00 (kanak-kanak)

Penginapan Di Cameron Highlands

Alang-alang dah bercuti di Cameron Highland ni, jangan lupa untuk membeli buah tangan sebagai cenderahati untuk keluarga di rumah atau rakan di pejabat. Baik buah strawberi, jem strawberi, jagung mutiara, pokok kaktus dalam pasu & pokok bunga, semua produk ini adalah yang pasti pelancong akan cari kalau melancong ke Cameron Highland. Sekiranya
anda bercadang nak bercuti atau mungkin berbulan madu ke sini, pastikan anda cari penginapan awal-awal untuk mendapatkan harga yang lebih rendah terutamanya pada waktu musim cuti sekolah dan hujung minggu. Dan yang penting, pilihlah destinasi penginapan di kawasan yang strategik supaya mudah kelak untuk jalan-jalan di sini.

Klik SINI untuk melihat senarai penginapan sekitar Cameron Highlands

Semoga perkongsian destinasi dan tempat menarik di Cameron Highlands di atas memberi anda inspirasi untuk bercuti kelak dan memudahkan anda merancang perjalanan anda.

HOTEL RESORT HOMESTAY MURAH

1Menarik Juga

10 Hotel Terapung Water Chalet Ohsem Malaysia

Lebih 30 Theme Park Seluruh Malaysia

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.