Ramai yang pilih bercuti di Port Dickson kerana ia hanya satu jam lebih sahaja masa perjalanan dari Kuala Lumpur.

Tambahan pula, pantai pasir putih yang luas dan udara laut yang segar antara sebab kenapa Port Dickson menjadi destinasi utama warga ibu kota bercuti pada hujung minggu.

Jika anda sedang merancang percutian ke sana, dibawah tersenarai tempat-tempat menarik di Port Dickson untuk anda sekeluarga lawati semasa bercuti nanti.

23Pantai Blue Lagoon

Pantai Blue Lagoon merupakan pantai yang terletak didalam teluk kecil berhampiran dengan Cape Rachado, hanya 18 Kilometer dari Bandar Port Dickson.

Air laut di sini cetek dan tenang kerana pantai ini dilindungi oleh teluk membuat tempat ini sesuai untuk kanak-kanak bermandi laut.

Disamping itu ia terletak berdekatan dengan Hutan Lipur Tanjung Tuan dan pelancong sering dapat melihat hidupan liar seperti tupai, monyet dan burung.

Pada waktu malam pula boleh kelihatan lampu suluhan rumah api Cape Rachado merentas air laut di hadapan anda.

Lokasi: Batu 10, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson

22Alive 3D Art Gallery

Antara tarikan terbaru adalah Alive 3D Art Gallery Port Dickson.

Kalau anda peminat selfie atau suka menangkap gambar menarik semasa bercuti, anda pasti akan jatuh cinta dengan tempat ini.

Terdapat sebanyak 50 lukisan 3D beraneka tema setiap satu menjanjikan ilusi yang berlainan. Antara 5 tema yang anda boleh jumpai di sini adalah aquarium, adventure, animation, seni dan exotic.

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11am-10pm) | Sabtu-Ahad & Cuti Sekolah (10am-11pm)
Lokasi: No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson

21Rumah Api Tanjung Tuan

Rumah api Tanjung Tuan atau nama lainnya Cape Rachado Lighthouse, adalah sebuah mercu tanda popular yang sering menjadi tumpuan pelangcong yang datang bercuti ke PD.

Ia dianggap rumah api yang tertua di Negara kita dan dibina pada abad yang ke 16, zaman Portugis memerintah Melaka.

Semenjak itu rumah apa ini diperbaharui beberapa kali oleh Kerajaan British, kali pertama pada tahun 1817, dan bangunan yang boleh dilihat sekarang disiapkan pada tahun 1863.

Tambahan terbaru pada Rumah api tersebut adalah sebuah radar MEASAT yang di bina pada tahun 1990.

Lokasi: Cape Rachado, Port Dickson

20Pantai Sri Purnama

Pantai terpencil ini tersembunyi dari jalan utama dan tidak ramai mengetahui kewujudanya.

Pada waktu siang suasana pantai agak lengang, tetapi bila waktu malam tiba ramai yang datang sini untuk melihat keindahan pemandangan matahari terbenam.

Jika anda mahu meluangkan masa di pantai yang kurang sibuk jangan lupa untuk singgah sebentar ke Pantai Purnama ini.

Lokasi: Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson

19Muzium Tentera Port Dickson

Muzium Tentera Port Dickson ini merupakan antara muzium tentera yang terbesar di negara kita dan ia terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera Darat Malaysia.

Muzium ini didirikan untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari sedikit mengenai sejarah perjuangan angkatan tentera Negara kita.

Disini terdapat 9 galeri berbeza yang membawa anda pulang ke zaman penjajahan Portugis hingga ke zaman penjajahan Jepun. Disamping itu, anda dapat melihat pameran kereta kebal dan jet pejuang di bahagian luar muzium.

Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Rabu-Ahad (10.00am – 5.00pm)
Lokasi: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan, 71050 Port Dickson

18Kompleks Baitul Hilal

Kompleks Baitul hilal merupakan balai cerap yang terletak bersebelahan dengan resort popular bernama Klana Beach Resort.

Cekidot!  Lexis Hibiscus Umpama Palm Jumeirah Dubai

Pada mulanya ia didirikan sebagai tempat penyelidikan astronomi dan kemudian dibuka kepada orang awam dengan tujuan mempromosi edu tourism di Port Dickson.

Tempat ini menampilkan pameran artifak yang digunakan pengkaji ilmu falak dari zaman dahulu hingga ke zaman moden.

Masuk adalah percuma buat tetamu hotel dan bayaran yang kecil dikenakan kepada pelawat lain.

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9am–12pm)
Lokasi: Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai, 5, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson

17Pantai Bagan Pinang

Jika anda lebih gemarkan pantai yang sunyi untuk melapangkan minda, Pantai Bagan Pinang sesuai untuk anda kerana ia tidak sepopular pantai lain di Port Dickson.

Pantai pasir yang luas, air yang surut serta ombak yang tenang menjadikan Pantai ini tempat terbaik untuk anda lupakan stress di bandar.

Satu ciri unik mengenai pantai ini adalah pokok kayu bakau yang tumbuh secara semulajadi di situ dan pada waktu air surut anda boleh memerhati nelayan tempatan menjari ketam dan kepah.

Lokasi: Batu 3, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson

16Kota dan Muzium Lukut

Salah satu tapak bersejarah yang popular di Port Dickson adalah Kota dan Muzium Lukut. Ia merupakan sebuah kubu yang didirikan diatas bukit oleh Raja Jumaat pada tahun 1847.

Muzium ini menjadi rumah kepada artifak dan gambar yang berkaitan dengan sejarah pelombongan biji timah di kawasan lukut.

Terdapat 4 galeri pameran utama iaitu Sejarah, Teknologi, Negeri Sembilan dan Nassau.

Bagus jika anda berminat untuk belajar sedikit tentang sejarah pentadbiran, pertahanan dan system ekonomi yang dilaksanakan di kota lukut pada zaman itu.

Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9am-6pm)
Lokasi: Lot 730, Kota Lukut, 71010 Port Dickson

15Port Dickson Ostrich Show Farm

Pusat penternakkan Burung Unta atau lebih dikenali sebagai PD Ostrich Farm ini terletak 9 kilometer dari Jalan Pantai Port Dickson.

Di sini anda dapat mempelajari sedikit tentang burung gergasi ini sambil berinteraksi dengan haiwan tersebut.

Antara haiwan lain yang menjadikan tempat ini rumah adalah keldai, kambing, arnab dan angsa. Kanak-kanak diberi peluang untuk menyemtuh dan memberi makanan kepada haiwan kecil ini.

Untuk aktiviti pula, dengan bayaran yang kecil, tetamu dapat menunggang Burung Unta, menaiki ATV, atau bermain Paintball.

Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM4
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (8am-6pm)
Lokasi: Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

14Pantai Saujana

Pantai Saujana ini satu tempat berkelah tepi pantai yang sangat popular di Port Dickson. Terletak di Batu 4, pantai ini terkenal dengan pantai yang luas dan pasirnya yang halus.

Walaupun kemudahan di sini kurang jika dibandingkan dengan Pantai Teluk Kemang, tetapi ia lebih sesuai untuk mereka yang berniat untuk memasang kemah di tepi pantai sambil berpiknik bersama keluarga.

Pantai ini juga sesuai untuk pasangan yang mahu berjalan-jalan romantis sepanjang pantai.

Lokasi: Jalan Pantai, Batu 4, Pantai Saujana, 71050 Port Dickson

13Rumah Terbalik Port Dickson

Mungkin anda sedar Port Dickson memang banyak rumah bertema ilusi dan yang ini pula membuat anda rasa bagaimana kalau hidup didalam dunia terbalik.

Rumah Terbalik Port Dickon merupakan sebuah rumah kedai yang diubah suai menjadi tarikan pelancong dan menjanjikan suata pengalaman bergambar yang berbeza.

Disini anda boleh menjumpai semua bilik yang ada di rumah biasa, bezanya semua bilik terbalik seolah-olah anda berjalan di atas bumbung.

Cekidot!  Relaks Santai Di Villa 29

Bayaran Masuk: Dewasa – RM20 | Kanak-kanak – RM15
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10am–9pm)
Lokasi: No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Batu 9, 71050 Port Dickson

12Prima Water Theme Park

Tidak lengkap percutian tepi pantai jika kita tidak mandi laut, tetapi bukan semua yang minat dengan air laut yang masin, jangan risau kerana di Prima Water Theme Park Port Dickson anda boleh bersuka ria di pantai buatan manusia terbesar di Malaysia.

Disamping itu, tempat ini juga mempunyai taman tema air yang lengkap dengan lagun, air terjun, gelongsor air dan kolam renang yang luas.

Taman tema air ini merupakan sebahagian daripada hotel Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre (PRCC).

Anda juga boleh mengunaan fasiliti yang lain seperti taman permainan kanak-kanak bertema lanun. Taman tema air ini dibuka untuk 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Bayaran Masuk: Dewasa RM30 | Kanak-kanak RM20 (Harga satu sesi)
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (8am-7pm)
Lokasi: No. 1 PD Prima, Jalan Pantai, Batu 13, 71250 Port Dickson

11Hutan Simpan Sungai Menyala

Walaupun Port Dickson ini lebih dikenali oleh pantainya, ia juga mempunyai hutan simpan yang indah yang menanti sesiapa yang sudi menerokainya.

Hutan Simpan Sungai Menyala mempunyai keluasan 1208 hektar dan boleh dijumpai 12 Kilometer dari pusat Bandar Port Dickson.

Disini anda berpeluang untuk menerokai hutan dan melihat hidupan liar seperti burung helang dan pokok jelutong gergasi.

Lokasi: Taman Kota Indah, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan

10Pantai Teluk Kemang

Pantai Teluk Kemang merupakan pantai paling besar dan paling popular di Port Dickson.

Banyak penginapan popular seperti resort, hotel dan apartment tersusun sepanjang pantai ini, menjadikanya sasaran pelancong yang mencari penginapan semasa berada di di sini.

Kepada penggemar sukan air, Pantai Teluk Kemang menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti Jet Ski, Banana Boat dan macam-macam lagi.

Lokasi: Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

9Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas

Sebelum ia menjadi destinasi pelancongan yang popular, Pengkalan Kempas merupakan sebuah pelabuhan kecil.

Walaupun destinasi ini jarang terlintas minda semasa memikirkan percutian ke Port Dickson, Kompleks ini menyimpan tinggalan sejarah kesultanan melayu Melaka yang agak menarik.

Kompleks sejarah ini juga mempunyai bilangan batu hidup atau Megalith yang terbanyak di negara kita.

Batu ini dikenali sebagai batu bersurat dan 3 batu paling popular di sini adalah Batu Sudu, Batu Pedang dan Batu Kemudi.

Lokasi: Jalan Port Dickson, Pengkalan Kempas, 71150 Linggi, Negeri Sembilan

8Taman Tema Wild West Cowboy

Antara tarikan yang baru sahaja dibina di Port Dickson adalah Taman Tema Wild West Cowboy. Terdapat 4 tayangan 5D berbeza dan setiap satu mengambil masa selama 7 minit untuk habis.

Di sini juga terdapat 4 Escape Room dimana anda diberi masa yang singkat untuk menyelesai teka-teki untuk bebas dari bilik tersebut.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11am – 10pm)
Lokasi: 59-64, Jalan Ds 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson

7Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang

Kepada pencinta akuarium dan ikan hiasan sila bergembira, Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang menampilkan pameran ikan laut tempatan yang exotik.

Tidak ramai tahu tentang Pusat Ikan yang di urus oleh Jabatan Perikanan Port Dickson ini. Ia merupakan sebuah tempat tertutup penuh dengan akuarium yang mempamerkan berbagai jenis hidupan laut yang menarik.

Cekidot!  Avillion Admiral Cove Hotel Berkonsep Kolonial Mewah

Bukan sahaja untuk dilihat tetapi ada beberapa jenis ikan yang anda diberi peluang untuk sentuh, menjadikan tempat ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Yang minat memancing atau mahu belajar sedikit tentang kehidupan bawah laut jangan lupa untuk menuju ke desinasi ini.

Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9am – 5pm)
Lokasi: Batu 7, Jln Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

6The Country Cat Cafe

Sudah menjadi semakin biasa trend Cat Cafe di negara kita. The Country Cat Cafe Port Dickson pada asalnya dibuka di Selayang dan kemudian berpindah ke Port Dickson.

Meraka antara yang pertama menjayakan Cat Cafe di negara kita dan merupakan yang pertama memegang rekod kafe kucing paling besar di Malaysia.

Tetamu yang ke kafe ini dapat menikmati secawan kopi sambil bermain dengan kucing yang comel. Kucing-kucing di sini merupakan kucing terbiar yang diselamatkan oleh pemilik kafe tersebut.

Sebahgian dari pendapatan kafe ini disalur semula untuk membantu kucing terbiar yang lain. Jadi datanglah untuk menyaksikan gelagat lucu si kucing comel dalam masa yang sama membantu nasib kucing malang yang lain.

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (10am-5pm)
Lokasi: No.37 jln 2/1 Bdr Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson

5PD Water Front

Kalau anda mencari lokasi untuk bersantai yang paling dekat dengan Bandar Port Dickson, PD Water Front adalah jawapanya.

PD Water Front antara tempat yang baru dibina dan ia mempunyai satu laluan berjalan kaki panjang betul-betul bersebelahan dengan pantai.

Dikawasan ini juga anda akan menjumpai banyak kedai makan dan penginapan moden, menjadikan tempat ini ideal untuk mereka yang mencari tempat penginapan yang dekat dengan bandar Port Dickson.

Kalau anda datang ke Port Dickson untuk sehari sahaja, jangan terlepas untuk berjalan disini sambil menikmati udara laut yang segar sebelum pulang ke Ibu Kota.

Lokasi: PD Waterfront, Persiaran Waterfront, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson

Penginapan di Port Dickson

Ramai yang memilih Port Dickson untuk destinasi percutian singkat hujung minggu kerana ia hanya mengambil satu jam setengah masa memandu dari Kuala Lumpur.

Disamping itu terdapat banyak Chalet, Resort dan Hotel, setiap satu menawarkan sesuatu yang unik dengan harga yang berbeza.

Jika anda mencari hotel yang memberi nilai terbaik untuk wang anda sila KLIK SINI untuk senarai penginapan bajet sekitar Port Dickson.

Jika anda mencari hotel dan penginapan yang popular di Port Dickson, sila KLIK SINI.

Tidak kira apa pun pilihanya, harap anda pulang dengan kenangan manis bercuti bersama keluarga.

Link Penginapan Travel Murah

1IKUT NEGERI

💥 Kedah

💥 Perak

💥 Selangor

💥 Penang

💥 Negeri Sembilan

💥 Melaka

💥 Johor

💥 Pahang

💥 Terengganu

💥 Kelantan

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.