Smail Cheese Factory Buat Mozzarella Halal
Tahu tak ada fresh Mozzarella Cheese HALAL 100% buatan anak tempatan? Dorang juga ada buat pelbagai jenis cheese lain seperti feta, blue cheese dan ricotta. Chefnya Chef Ismail Morad dulu menimba ilmu di Itali.
Cheese ni nak buat kena pakai rennet yang diambil dari perut anak lembu. Penting sebab banyak cheese di pasaran kita tak tahu rennet dia dari sumber mana, melainkan yang ada sijil Halal.
Cheese Mozzarella fresh ini dijual dengan harga RM12 setiap 100 gram, berbanding yang diimport dengan harga retail RM300 sekilo!
Selain cheese, mereka ada menyediakan pizza yang dibakar segar. Wajib cuba Pizza Kambing yang semestinya ditabur dengan cheese buatan sendiri.
Smail Cheese Factory
Lokasi: Goat2Go Farm, Jalan MAEPS 4/3, Seri Kembangan
Operasi: Rabu – Isnin 10 pagi – 7 malam
Hubungi: 012-3791239