Booking.com

Tapestry KL, Café Moden Hidang Brunch Sepanjang Hari.

Tapestry KL yang terletak di tengah pusat bandar KL di Chow Kit ni wajib dikunjungi oleh breakfast lover. Menu yang dihidangkan kat sini menggabungkan rasa dari pelbagai budaya, dalam menu yang klasik disukai ramai. Menu Barat diberi suntikan tempatan untuk disesuaikan dengan citarasa kita. Memang unik sangat!

Nama Tapestry yang digambarkan akan dapat korang tengok bila melangkah masuk je ke café ni. Dekorasi yang menarik ala klasik, dengan juntaian permaidani dari sunroof, café ni memang Instaworthy sangat. Reka bentuk interior yang moden, dengan syiling yang tinggi menyebabkan cahaya menerangi keseluruhan tempat ni. Ada indoor garden jugak, best sangat nak rehat-rehat sambil snap gambar barang sekeping dua.

Antara menu yang korang wajib try kat sini ialah Rise and Shine Eggs Benedict yang merupakan hidangan paling popular. Telur yang dicelur atas salmon, dihidangkan atas kepingan kentang dan kubis, dituang sos hollandaise bunga kantan. Ya, bunga kantan! Untuk mencipta campuran rasa tempatan tu. Macam pelik? Tapi sedap tau. Banyak menu lain yang korang boleh cuba. Dan bermula jam 11.45am pula, menu lunch akan ditawarkan. Variasi minuman kat sini boleh tahan jugak banyaknya. Buat penggemar kopi, kat sini anda boleh dapatkan pelbagai jenis minumam kopi dari Eight Ounce Coffee yang terfamous tu!

Cekidot!  Rimba Cafe, Makan Sambil Main Sungai

Tengah mencari port makan best? Datanglah ke sini ye.

Lokasi : 28, Jalan Kamunting, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Isnin – Jumaat : 8am-4pm

Sabtu & Ahad : 8am-5.30pm

Phone No. : 03-7622 8720

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.