Booking.com

Teratak Sofea, Homestay Cantik Ala Kampung.

Teratak Sofea yang berlokasi kat Telok Panglima Garang ni sangat sesuai untuk family gathering, reunion dan staycation untuk kumpulan besar. Ada 3 unit rumah yang berkonsepkan ala kampung traditional : Rumah Ibu Mertuaku, Rumah Anak Bapak (yang boleh muat sampai 20 orang) serta Rumah Masam-Masam Manis (boleh memuatkan 10 orang). Nama pun klasik filem P.Ramlee tu ha.

Rumah ni dekorasinya style klasik dengan finishing kayu dan tingkap ala lama. Hiasan dalaman pun simple dan berkonsepkan ‘rustic’ untuk buat korang rasa pengalaman duduk kampung itu. Tapi, jangan bimbang, rumah ni ada air-cond dan tandas modern. Dapur pun lengkap sekali dengan alatan memasak. BBQ pit pun disewakan kalau korang nak. Siap ada mesin basuh lagi. Dan semestinya, untuk staycation yang sempurna, setiap rumah kat sini ada swimming pool, untuk yang dewasa dan kanak-kanak juga. Sakan lah kan!

Untuk yang tengah mencari tempat untuk bercuti dengan keluarga dan kawan-kawan, bolehlah try duduk sini ye. Dari RM500 satu malam, bolehlah rasa duduk kampung macam mana sekali sekala.

Lokasi : Lot 1263 Jalan mManggis Bt 9, Kampung Medan, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia

Cekidot!  Homestay Jas Telaga Inn Mandi Air Perigi Sejuk Nyaman

Phone No. :+60 12-221 3636

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.