Booking.com

The Backyard Glamping, Layan Sejuk Cameron Dalam Khemah.

The Backyard Glamping, satu port baru di Cameron untuk yang nak try aktiviti glamour camping ni. Bosan duduk hotel? Try berkhemah cara moden lah pulak. Asyik gais!

Tempat yang masih baru, ada 3 khemah disediakan di The Backyard Glamping, salah satu nya khemah kecil sahaja untuk 2 orang. Yang besar pulak ada 1 katil queen & 1 katil single. Cukuplah untuk famili kecil kan. Dah namanya pun glamping, kemudahan lengkap, tandas & bilik mandi (walaupun sharing, tapi ada water heater), dapur & sink, dan plug point tersedia. Siap ada Netflix ok. Parking disediakan, dan BBQ pit pun boleh digunakan. Wah, memang betul-betul bercampinglah kita kan?

Dari segi keselamatan pulak, The Backyard Glamping ni terletak betul-betul di belakang rumah owner nya. Maka, memang selamat & privasi sangat. Kebersihan pun terjaga. Bab makan pula, lokasi di Taman Sedia, Tanah Rata. Memang semua jenis makanan pun senang nak dapat kat sini kan?

Untuk yang nakkan kelainan bercuti, bolehlah try kat sini. Harga pun boleh tahan mampu duduk saja.

Cekidot!  Bayu Melawi Chalet, Best Buat Family Day Di Tepian Pantai Bachok

Lokasi : The Backyard Glamping, Jalan Taman sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang Phone No. : 011-28841886

The Backyard Glamping

 

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.