The Royale Chenang, Resort Kecil Penuh Daya Tarikan.
The Royale Chenang merupakan sebuah resort yang agak baru di Pulau Langkawi. Terletak di Pantai Tengah, resort ni cuma 2.5km dari Pantai Chenang, 2km dari Underwater World, yang dah dekat sangat dengan duty free zone tu kan. Makanya, strategik sangat lah. Walaupun size resort tidaklah seberapa besar, tapi resort ni ada daya tarikan tersendiri yang mempersonakan.
@jelajahmaya The Royale Chenang, resort kecil penuh daya tarikan ##jelajahmaya ##cuticutimalaysia ##hotelmurah ##langkawi ##travel
Berkonsepkan ala-ala butik, The Royale Chenang terkenal dengan reka bentuk moden yang menceriakan. Tona warna di sekitar resort amatlah menyenangkan mata memandang. Dari segi bilik, anda boleh pilih dari 8 jenis bilik, yang boleh memuatkan dari 2 hingga 6 orang. Untuk yang berkeluarga, ada Junior Suite dengan swimming pool persendirian, sangat sesuai kalau anak-anak jenis suka berendam. Untuk yang lain, jangan risau, ada juga swimming pool awam kat sini. Setiap bilik ada balkoni tersendiri, yang walaupun kecil, dapat lah digunakan untuk lepak-lepak menikmati keindahan resort. Peti sejuk, TV, pengering rambut, malahan seterika dan papan seterika pun turut disediakan. Resort ada restoran tersendiri dan tempat makan pun banyak di sekitar kawasannya. Memang lengkap betul lah.
Untuk yang tengah mencari tempat nak stay di Langkawi, bolehlah cuba kat sini pula kali ni. Dengan promo yang tengah berlangsung, anda dapat book bilik dari RM163 saja satu malam berbanding RM492 pada harga asal. Di jamin berbaloi. Walaupun tak gah seperti nama-nama besar hotel 5 6 bintang yang ada di Langkawi ni, tapi anda akan dapat merasakan kemewahan bercuti di resort yang sangat ‘charming’ ni.
The Royale Chenang
The Royale Chenang
Link Penginapan Travel Murah
CAMERON HIGHLANDS
💥 Penginapan Bajet Bawah RM100 (Part 1)
💥 Penginapan Bajet Bawah RM100 (Part 2)
💥 Penginapan Mewah / Honeymoon
💥 Hotspot Menarik Untuk Dilawati
MELAKA
💥 Penginapan Bajet Bawah RM100
💥 Penginapan Homestay Sekeluarga
💥 Penginapan Hotel Mesra Famili
💥 Hotspot Menarik Untuk Dilawati
TEMPAT LAIN
💥 Penginapan Bajet PORT DICKSON
💥 Resort Menarik PULAU PANGKOR
IKUT NEGERI
💥 Kedah
💥 Perak
💥 Selangor
💥 Penang
💥 Melaka
💥 Johor
💥 Pahang
💥 Kelantan