The Shore Hotel & Residences, 4 Star Hotel Dengan 2 Swimming Pool.
The Shore Hotel & Residences yang lokasinya amat strategik kat Melaka ni, menjadi tumpuan family untuk bercuti. Sebab pertamanya, dia kat atas The Shore Shopping Gallery yang ada Oceanarium & Interactive Park yang femes tu. Kedua, lokasinya sangat dekat dengan River Cruise Melaka & Kampung Morten. Senang nak jalan-jalan sekitar hotel ni je.
Dari segi bilik, The Shore Hotel & Residences menyediakan unit yang luas, dengan segala kelengkapan termasuk TV, WiFi percuma, kemudahan kopi & teh, pengering rambut & toiletries. Ada suite dan ada apartment 3 bilik. Yang paling menarik kat sini, ada 2 swimming pool & water park yang boleh pengunjung nikmati. Ada satu swimming pool yang bertutup dan satu outdoor swimming pool. Taman tema air nya sesuai untuk anak-anak mandi manda. Gym & sauna juga ada disamping rooftop bar di tingkat 43 untuk anda beristirehat.
Sekarang, dengan adanya promosi, anda boleh menginap di sini selama 3H2M dari RM275 sahaja. Hanya seratus lebih satu malam, anda boleh menikmati percutian dengan berehat-rehat mandi manda di hotel, dan seterusnya melawat tempat-tempat yang berdekatan saja dengan hotel. Menyenangkan tak? Barulah namanya cuti kan?
The Shore Hotel & Residences
The Shore Hotel & Residences
Link Penginapan Travel Murah
CAMERON HIGHLANDS
💥 Penginapan Bajet Bawah RM100 (Part 1)
💥 Penginapan Bajet Bawah RM100 (Part 2)
💥 Penginapan Mewah / Honeymoon
💥 Hotspot Menarik Untuk Dilawati
MELAKA
💥 Penginapan Bajet Bawah RM100
💥 Penginapan Homestay Sekeluarga
💥 Penginapan Hotel Mesra Famili
💥 Hotspot Menarik Untuk Dilawati
TEMPAT LAIN
💥 Penginapan Bajet PORT DICKSON
💥 Resort Menarik PULAU PANGKOR
IKUT NEGERI
💥 Kedah
💥 Perak
💥 Selangor
💥 Penang
💥 Melaka
💥 Johor
💥 Pahang
💥 Kelantan