Booking.com

Tiada Simptom Tak Bermakna Tidak Dijangkiti Covid19 – Anda Mungkin Pembawa Senyap Tanpa Sedari Jangkiti Orang Sekeliling

Negara China telah mengeluarkan data terkini yang merisaukan pada 1 April 2020, iaitu 1300 kes positif Covid-19 yang asymptomatic.

ASYMPTOMATIC bermaksud tiada simptom.

Anda dijangkiti coronavirus Covid-19 ini, dan anda tidak menunjukkan sebarang simptom yang tipikal seperti demam, batuk, susah bernafas. Malahan sakit tekak / selsema / sakit sakit badan pun tiada.

Anda menjadi ‘asymptomatic carrier’, bermakna anda membawa dan menyebarkan coronavirus tanpa anda dan orang keliling anda sedar. Ini amat berbahaya.

Pihak CDC menganggarkan bahawa ‘asymptomatic transmission’ boleh menyumbang setinggi 25% kes.

Data-data sedia ada sebelum ini menunjukkan, ramai antara mereka tiada sebarang simptom / gejala semasa mereka disahkan positif.

Contohnya dalam kes penumpang kapal layar Diamond Princess, dari 700 lebih yang diuji positif, 46% dari jumlah ini tiada sebarang gejala semasa mereka diuji.

Dari jumlah yang asymptomatic ini pula, ada pecahan yang dipanggil ‘presymptomatic’, iaitu semasa diuji postif mereka tiada simptom, namun beberapa hari selepas itu baru menunjukkan simptom. Dan yang presymptomatic ini pula ramai yang hanya menunjukkan ‘mild to moderate symptoms’ sahaja, iaitu simptom biasa biasa (seperti demam batuk yang biasa / sikit).

Atas perkembangan kes asymptomatic carrier ini lah maka di pihak public health experts mereka menimbangkan saranan untuk semua orang perlu memakai face mask (bukan hanya mereka yang sakit dan golongan healthcare workers.

Cekidot!  Di Ecuador Mayat Dipercayai Pesakit Covid-19 Hanya Diletak Di Luar Rumah

Dan atas perkembangan asymptomatic carrier inilah teramat-amat pentingnya Social Distancing. Patuhi arahan PKP negara kita. Kurangkan / minimumkan berjumpa orang lain. Sebab social distancing bukan hanya untuk yang sakit. Yang sihatpun perlu buat sebab anda mungkin asymptomatic carrier.

Amat pelik tengok manusia yang dibayar gaji penuh, dan disuruh buat kerja mudah — stay at home, namun susah sangat mereka ini nak patuhi. Bukannya tiada internet, TV di rumah, bukan suruh stay in the cave! (duduk dalam gua).

Cara tipikal coronavirus tersebar ialah menerusi ‘respiratory droplets’ yang keluar bila pesakit batuk / bersin. Maka dalam kes asymptomatic carrier, kadar jangkitan agak rendah sebab kemungkinan virus ini untuk keluar dari tubuh pesakit yang tiada simptom ini ialah menerusi wap pernafasan (semasa bercakap / gelak). Maka disebabkan inilah, social distancing itu penting.

Jangkitan juga boleh masuk menerusi MATA, selain hidung dan mulut. Perhatikan kita pakai face mask, mata tak tutup. Sebab inilah healthcare workers pakai face shield. Maka sekiranya nak betul-betul berjaga-jaga semasa keluar, pakailah cermin mata. Risiko jangkitan masuk ke mata tetap ada walaupun amat rendah, sekitar 1- 2 % ( kes-kes simptom Covid-19 dalam bentuk conjunctivitis / sakit mata).

Cekidot!  TV China Namakan Dr Noor Hisham Antara Tiga Doktor Terbaik Dunia Bagi COVID-19 Namun...

Dan yang pakai spek bila keluar, bila balik jangan lupa cuci / disinfect spek anda.

Semoga bermanfaat.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.