Booking.com

Tiket Murah Bukit Merah Laketown Waterpark.

Semperna pembukaan balik water park di Bukit Merah Laketown ni, mereka offer tiket masuk dengan harga kaw-kaw murah. Memang nak kasi can semua orang pergi menikmati permainan air kat waterpark mereka. Sesuai sangat lah kan dengan musim yang tengah panas sekarang ni. Boleh ambil peluang datang ke sini dengan keluarga dan kawan-kawan, ramai-ramai bersuka ria berendam dalam air.

Bukit Merah Laketown Resort didirikan dalam keindahan kawasan tasik semulajadi, yang terletak di Taiping Perak, kira-kira 3 jam dari Kuala Lumpur je pun. Waterpark kat sini besar tau, dalam 11 ekar, menjadikannya salah satu taman tema air yang terbesar di Semenanjung malaysia.

Antara aktiviti permainan air kat sini termasuk Boomerang, Giant Wet Bubble, Sandy Beachfront Wave Pool, Water Speed Slides, Body Slides, Giant Tube Rides, Activity Pool, Lazy River, Crazee Cone, Kids Adventure River, Jumbo Shower, Water Pillar, Pail Bath, dan Waterfall Bridge. Maksudnya, memang ada aktiviti untuk seisi keluarga tak kira kecik besar, tua muda. Lepas penat main air, pastikan anda naik chairlift ride yang akan bawak anda pusing melihat panorama seluruh Bukit Merah tu selama 20 minit. Syok je, rileks, tenangkan fikiran. Kemudahan bilik mandi, tandas, surau dan bilik bayi disediakan. Loker, kabana dan pelampung pun tersedia untuk disewa.

Macam best kan? Harga asal tiket masuk adalah RM40 untuk dewasa. Tapi offer kali ni, cuma RM20 je! Separuh harga tu! Dan lagi, khas untuk follower Jelajah Maya, anda boleh dapat RM15 diskaun bila menggunakan kod JELAJAHTC semasa buat tempahan.

Syarat untuk dapat diskaun ni:

  • Tempahan sekurang-kurangnya RM200 untuk layak dapatkan diskaun RM15
  • Hanya sekali penggunaan kod untuk setiap pelanggan
  • Tawaran sah sehingga 31 Disember 2020

Ready dah ke nak pergi terjun water park tu?

Bukit Merah Laketown Waterpark

Bukit Merah Laketown Waterpark

Link Penginapan Travel Murah

CAMERON HIGHLANDS

💥 Penginapan Bajet Bawah RM100 (Part 1)

💥 Penginapan Bajet Bawah RM100 (Part 2)

💥 Penginapan Apartment

💥 Penginapan Mewah / Honeymoon

💥 Hotspot Menarik Untuk Dilawati

💥 Tempat Makan Sedap

MELAKA

💥 Penginapan Bajet Bawah RM100

💥 Penginapan Homestay Sekeluarga

💥 Penginapan Hotel Mesra Famili

💥 Penginapan Tepi Pantai

💥 Hotspot Menarik Untuk Dilawati

💥 Tempat Makan Sedap

TEMPAT LAIN

💥 Penginapan Bajet LANGKAWI

💥 Penginapan Bajet PORT DICKSON

💥 Penginapan Bajet PENANG

💥 Resort Menarik CHERATING

💥 Resort Menarik PULAU PANGKOR

💥 Water Chalet Di Malaysia

💥 Theme Park Di Malaysia

IKUT NEGERI

💥 Kedah

💥 Perak

💥 Selangor

💥 Penang

💥 Negeri Sembilan

💥 Melaka

💥 Johor

💥 Pahang

💥 Terengganu

💥 Kelantan

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.