Booking.com

Timurbay by Seascape Kuantan, Nikmati Staycation Pemandangan Tepi Laut.

Kalau duduk di Timurbay by Seascape di Kuantan ni, anda akan dapat menikmati ‘killer view’ tepi lautan dari bilik anda. Bayangkan bangun pagi-pagi, terus jenguk keindahan lautan terbentang luas, syoknya.

Timurbay by Seascape yang terletak kira-kira 1 batu dari Pantai Balok menawarkan penginapan dengan WiFi percuma, sebuah taman dengan swimming pool & akses ke gym serta sauna. Setiap unit mempunyai balcony sendiri yang sesuai untuk anda rehat-rehatkan mata dan bersantai. Playground untuk kanak-kanak pun ada. Ada unit studio, suite & 2 bilik. Bolehlah pilih ikut keperluan anda. Unit ada ruang tamu, ruang makan, serta dapur yang lengkap dengan peti ais, microwave & mesin basuh. Lagi yang best, ada akses ke pantai persendirian yang bersih dan cantik. Wow sangat.

Untuk yang sedang mencari penginapan di Kuantan, boleh duduk di Timurbay by Seascape. Dengan travel offer, dapatkan harga RM429 untuk 3H2M. Ambik peluang untuk tengok orang windsurfing di Pantai Balok dan sesi membuat batik di Natural Batik Village yeng terletak dekat sangat dengan aparthotel ni tau.

Cekidot!  Tea Hill Homestay Dengan Rekabentuk Cottage Comel

Timurbay by Seascape Kuantan

Timurbay by Seascape Kuantan

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.