Booking.com

TV China Namakan Dr Noor Hisham Antara Tiga Doktor Terbaik Dunia Bagi COVID-19 Namun…

Apabila ditanya apa signifikan kepada beliau dan KKM atas pengiktirafan sebagai 3 pengarah kesihatan terbaik dunia itu… Nak tahu apa jawapan beliau?

Sungguh humble dan down to the earth. Kata Dr Noor Hisham…

“Sebenarnya pengiktirafan ini bukan untuk saya, tetapi lebih kepada NEGARA. Kami di KKM bergerak sebagai satu pasukan. Dan kami di KKM hanyalah memberikan nasihat sahaja, tetapi yang membuat keputusan dan melaksanakan adalah YAB Perdana Menteri Malaysia.”

Dan ayat seterusnya lebih kepada beliau memuji barisan keselamatan merangkumi polis dan tentera, semua pegawai kesihatan, barisan kementerian yang memberikan kerjasama dan rakyat Malaysia.

Dia LANGSUNG TAK ambil sebarang kredit di atas pengiktirafan ini. Dia lebih sandarkan pengiktirafan itu kepada rakyat, barisan hadapan, semua kementerian khususnya KKM, Perdana Menteri dan negara.

Allahu Akhbar…

Such a humble person. Di saat dia boleh mengangkat dirinya setinggi mungkin, namun dia tetap memilih untuk mengangkat orang dan pihak lain khususnya negara.

Cekidot!  Kesemua Ahli Keluarga Doktor Pakar Positif Covid19 Kini Sembuh

Moga kita dapat mencontohi peribadi Dr Noor Hisham yang penuh rendah diri. Terima kasih KKM, bukan setakat menyelamatkan kami, bahkan mengajarkan kami untuk merendah diri.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.