Booking.com

Warung Pak Long – Seafood Masakan Kampung Sedap Dan Murah

KUALA KEDAH – Kalau nak makan masakan kampung berasaskan seafood yang sedap dan murah, korang kenai mai makan di Warung Pak Long ni! Memang berbaloi2 dengan kuantiti makanan yang sangat banyak tapi murah… fresh dari pelantaq nelayan sebelah jer semua seafoodnya!

Dari Alor Setar jumpa lampu isyarat simpang empat Kuala Kedah, belok ke kanan, jalan terus sampai jumpa simpang sebelah kiri, naik jambatan Tok Pasai, belok kiri, akan jumpa sebelah kiri Pasar Nelayan Seberang Kota Kuala Kedah, jalan nak ke Kota Kuala Kedah / MARINA, parking di situ jalan kaki masuk sehingga ke dalam Pasar Nelayan akan jumpa laa Warung Pak Long.

Jika dari Kubang Rotan, nampak jambatan Tok Pasai jangan naik, terus ke jalan Kota Kuala Kedah/MARINA, akan nampak Pasar Nelayan Seberang Kota Kuala Kedah.

Warung Pak Long

Lokasi: Dalam Pasar Nelayan Seberang Kota Kuala Kedah
Operasi: 8pg – 3 ptg (Isnin tutup)

Sila SHARE kepada yang nak merasa kesedapan masakan kampung seafood.

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.