Booking.com

Windmill Premium Suites, Penginapan ‘Family Friendly’ Di Genting.

Genting Highlands memang merupakan port best bercuti di hujung minggu disebabkan lokasi yang agak dekat dengan KL. Jadi kami share kat sini, Windmill Premium Suites, penginapan yang sangat ‘family friendly’ dengan harga yang berpatutan.

Lokasi di Gohtong Jaya, Windmill ni sangat strategik sebab berdekatan je dengan tempat-tempat menarik macam Strawberry Leisure Farm, Happy Bee Farm & Genting Premium Outlet. Bagi yang nak naik ke puncak pun, boleh naik Awana Skyway je. Senang kan? Yang paling penting, kat Kawasan ni lebih banyak pilihan tempat makan yang lebih murah berbanding di atas puncak Genting tu sendiri. Jimat gais!

Windmill Premium Suites ni offer bilik berkapasiti dari 2 orang sehingga 8 orang. Ada apartment 2, 3 dan 4 bilik yang boleh anda pilih ikut kesesuaian. Apartmen pun cukup luas dan selesa. Design jangan cakap lah, memang cantik & premium. Berkonsepkan apartment, semua kelengkapan cukup, termasuk TV, shower, dapur, peti ais, dan ada mesin basuh sekali. Tapi, yang menjadi tarikan utama kat sini berada di tingkat 40. Kat tingkat 40 ni, ada swimming pool untuk kanak-kanak dan orang dewasa, jacuzzi, sauna, gymnasium, taman permainan, & garden untuk berehat-rehat. Ruang terbuka kat sini sangat cantik, sesuai untuk yang suka bergambar, dan semestinya suasana yang tenang ditambah dengan angin sejuk Genting.

Cekidot!  Pakej Glamping di Glamz Genting

Anda boleh tempah unit di Windmill bermula RM260 satu malam sementara ada promosi sekarang berbanding harga asalnya, RM807. Dengan segala kemudahan yang tersedia, memang berpatutan. Baik book sekarang sementara masih murah ni, dan plan percutian yang menyeronokkan dengan famili.

Windmill Premium Suites

Windmill Premium Suites

Link Penginapan Travel Murah

CAMERON HIGHLANDS

💥 Penginapan Bajet Bawah RM100 (Part 1)

💥 Penginapan Bajet Bawah RM100 (Part 2)

💥 Penginapan Apartment

💥 Penginapan Mewah / Honeymoon

💥 Hotspot Menarik Untuk Dilawati

💥 Tempat Makan Sedap

MELAKA

💥 Penginapan Bajet Bawah RM100

💥 Penginapan Homestay Sekeluarga

💥 Penginapan Hotel Mesra Famili

💥 Penginapan Tepi Pantai

💥 Hotspot Menarik Untuk Dilawati

💥 Tempat Makan Sedap

TEMPAT LAIN

💥 Penginapan Bajet LANGKAWI

💥 Penginapan Bajet PORT DICKSON

💥 Penginapan Bajet PENANG

💥 Resort Menarik CHERATING

💥 Resort Menarik PULAU PANGKOR

💥 Water Chalet Di Malaysia

💥 Theme Park Di Malaysia

IKUT NEGERI

💥 Kedah

💥 Perak

💥 Selangor

Cekidot!  Expressionz KLCC by Wodages, Staycation di Tengah KL

💥 Penang

💥 Negeri Sembilan

💥 Melaka

💥 Johor

💥 Pahang

💥 Terengganu

💥 Kelantan

KOMEN FACEBOOK

TINGGALKAN KOMEN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.